PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Saturday, October 08, 2005

Imam Tua Pun Dah Canggih....GPI bila lagi???

Masjid guna perisian jawi sedia khutbah
Oleh Nasir Hassan
IMAM Tua Masjid Mukim Bukit Marak, Kota Bharu, CheHassan Che Abdullah (duduk) menunjukkan cara menggunakanperisian Pro Jawi Ofis kepada Yang DipertuaPersatuan Imam Negeri Kelantan, Yusoff Dollah (berbajubatik) dan Mohamad Jalaluddin (berserban).SEJUMLAH 41 masjid sekitar Kota Bharu kini berpeluang menggunakan khutbah Jumaat yang diterima secara online dengan menggunakan perisian Jawi Pro Ofis yang dibangunkan firma tempatan, iked Systems Sdn Bhd (iked Systems).

Ketua Pegawai Eksekutif iked System, Mohd Mazlan Che Mat, berkata dengan perisian itu, masjid yang dilengkapi komputer kini bertukar-tukar teks khutbah di kalangan masjid bagi meningkatkan mutu kandungannya, sesuai dengan keadaan semasa. Selain itu, ia juga memudahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) memantau dan menyelaraskan teks khutbah untuk dibaca oleh khatib setiap masjid di bawah kendaliannya. Mohd Mazlan berkata, sebagai permulaan, sebanyak 41 masjid mukim di jajahan Kota Bharu dipilih menggunakan perisian yang dibangunkan syarikatnya yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor. Katanya, perisian Jawi Pro Ofis yang baru diperkenalkan itu adalah pakej perisian inovatif dan gabungan empat aplikasi utama, iaitu Jawi Pro Kalam (pemerosesan perkataan jawi, Arab dan rumi); Jawi Pro E-Mail (E-mel jawi dan rumi); Jawi Pro Daftar Ejaan DBP (Daftar ejaan rumi-jawi DBP Online) dan Jawi Pro Doa (Doa dan tazkirah). Beliau berkata demikian kepada Komputer pada majlis penyampaian sumbangan perisian itu kepada 41 masjid di Hotel Perdana, Kota Bharu, baru-baru ini. Perisian yang bernilai lebih RM300 setiap set itu disumbangkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim, kepada 41 imam dan bilal masjid terbabit. Mohd Mazlan berkata, pihaknya sebelum ini pernah membangun dan menyelenggarakan web portal untuk Bank Pembangunan Islam dengan kerjasama Mimos Sdn Bhd pada 2001. Katanya, Jawi Pro Ofis versi 5.0 beroperasi menggunakan sistem Windows Standard (English Windows OS) iaitu Windows 95/98/NT/ME/XP/200 tanpa perlu menggunakan Arabic Windows. “Ia menyediakan medium untuk penulisan teks jawi, Arab dan al-Quran (Resam Uthmani), rumi dengan hanya menggunakan papan kekunci biasa (English Standard Keyboard) sepenuhnya menggunakan isyarat melalui kaedah Fonetik (jawi serasi rumi) tanpa perlu papan kekunci Arab. Mohd Mazlan berkata, Jawi Pro Kalam (Pemprosesan Perkataan jawi, Arab dan rumi) adalah suatu aplikasi yang membolehkan proses penulisan, menyunting dan mencetak menggunakan abjad jawi, Arab dan rumi. Katanya, pemprosesan perkataan jawi memudahkan penulisan teks al-Auran Resam Uthmani. Ia juga menyokong pemformatan abjad jawi/Arab dan rumi seperti saiz dan jenis font, gaya huruf, jajaran, dwi-arah dan sebagainya. Jawi Pro Daftar Ejaan DBP (Daftar Ejaan Rumi-Jawi DBP Online), pula, katanya, ialah aplikasi kamus bagi rujukan daftar perkataan rumi-jawi secara online. Ia mengandungi lebih 5,000 daftar kata rumi-jawi dan dilengkapi dengan fungsi carian, tambah, sunting, hapus cetak dan simpan fail. “Manakala Jawi pro E-Mel (E-Mel jawi Arab dan rumi) pula adalah aplikasi e-mel yang pertama di dunia dapat menyokong teks jawi, Arab, al-Quran (Resam Uthmani), Rumi E-mel yang dihantar menggunakan aplikasi ini dapat dibaca dengan aplikasi e-mel Outlook Express sedia ada pada komputer peribadi pengguna sekitaran windows. “Jawi Pro Doa pula ialah suatu aplikasi multimedia yang interaktif yang memuatkan kira-kira 100 himpunan doa dan tazkirah,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home