PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Saturday, October 08, 2005

VCD Yang Berfaedah Untuk GPI....beli jangan tak beli..

AUDIO VIDEO
Kesemua VCD yang diterbitkan di bawah ini adalah hakmilik Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Hak produksi dan pengedarannya telah diserahkan kepada Kelab Warga JMNPk. Sekiranya anda berminat kepada mana-mana VCD di bawah sila telefon Encik Radzuan di talian 05-2545332. Sila muat turun borang pesanan



Harga RM5
Kod: A025

Tuan Haji Fahmi bin Abd Khir, guru tauliah agama Negeri Perak mengupas tentang ibadat puasa yang dikatakan begitu unik dan memunyai kerahsiaannya tersendiri. Kupasan ini disifatkan begitu dinamik dengan keilmuan Islam yang menyerlah hingga kita seolah-olah mendapat satu penjelasan baru mengenai ibadat puasa. Dapatkan penjelasan ilmiah ini melalui VCD yang diedarkan oleh Kelab Warga JMNPk.



Harga RM5
Kod: A024

Membangkitkan isu khilafiah, disifatkan sebagai luka lama berdarah kembali. Walau pun benar ada pihak yang memiliki kelebihan dalam berijtihad tentang amalan yang paling hampir sebagaimana dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w sepanjang hayat baginda, namun tidaklah pula kita boleh menafikan dakwaan pihak lain yang mengemukakan nas mereka tersendiri.
Saling memahami dan berdiskusi dengan berlapang dada adalah amalan terpuji orang Islam, khususnya dalam isu ini.
Mufti Negeri Perak menyarankan kepada umat Islam agar tidak pantas membangkitkan isu yang mengundang keresahan kepada umat Islam masa kini.
Dapatkan VCD ini yang menyentuh isu diskusi ilmiah yang berlangsung antara Dr Mohd Asri Zainal Abdidin dan Dr Abd Aziz Hanafi pada 6 Sep 2005 di INTIM, Jalan Raja Mahadi Musa, Ipoh, dalam isu khilafiah ini.




Harga RM12.90
Kod: C001

Biarpun umat di negara ini bebas mengamalkan fahaman dan pegangan masing-masing dalam amalan ibadat keagamaan, namun majoriti umat Islam di negara ini berpegang teguh kepada amalan yang dibawa oleh Imam Syafie Rahimullah.
Bagaimana pun kepada mereka yang arif dan mampu mendalami pengetahuan beragama serta mampu membuat kajian sendiri berasaskan apa yang telah dipelajari, mereka bebas mengamalkan fahaman yang dipelajari itu.
Namun adalah tidak wajar kepada golongan cerdik pandai ini menunjuk pandai dalam masyarakat dan cuba memperluaskan amalan mereka yang nyata tidak selari dengan pegangan ahli sunnah mengikut pimpinan Imam Syafie Rahimullah Wajhah.
Jika ini berlaku ianya akan menjejaskan perpaduan umat Islam itu sendiri.
Majlis diskusi itu berlangsung di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak, Jalan Raja Mahadi Musa, Sabtu lalu. Dalam majlis diskusi itu, Dr Abdul Aziz Hanafi, Pengetua Madrasah Darul Ulum menjawab beberapa pandangan yang dikemukakan oleh penulis buku Bidaah hasanah: Satu istilah yang disalah



Harga RM5
Kod: A023
Mufti Negeri Perak mempertikaikan pengurusan masjid yang ‘tidur’, tanpa melaksanakan tugasan yang sepatutnya. Raja Muda juga telah menitahkan supaya masjid menjadi pusat ilmu dan segala macam ilmu harus diajar di masjid-masjid, khusus dalam kuliah harian mereka.
Oleh kerana masjid gagal berfungsi sebagaimana sepatutnya, maka ianya menyumbangkan kepada masalah social remaja hari ini.
Justeru itu, pengurusan masjid mesti bijak mengatur program supaya mereka yang enggan dan malas ke masjid akan tertarik dan lama kelamaan akan mengukuhkan institusi masjid itu sendiri.
Ini sudah pastilah akan mengurangkan masalah social remaja hari ini yang semakin menyesatkan dada.



Harga RM5
Kod: A022
Kehangat soal mimbar masjid menjadi milik siapa sering kali menjadi pertikaian di antara pengurusan masjid dan pihak-pihak lain. Di negara ini sudah menjadi kelaziman bahawa isu yang diutarakan oleh mimbar masjid dimiliki sepenuhnya oleh pengurusan masjid berkenaan.
Namun ada pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila mimbar berkenaan berbau politik pembangkang, akibat pengurusan masjid yang berbau parti politik pembangkang.
Justeru itu di pihak parti politik sebaliknya meluahkan ketidakpuasan sehingga mengambil tindakan drastik menyingkirkan pengurusan masjid yang dikatakan tidak berpihak kepada politik kerajaan.
Fenomena ini merugikan umat Islam apabila soal perlantikan masjid dibentuk kemudiannya oleh mereka yang tidak ada kaitannya dengan pengurusan masjid.
Akibatnya sering berlaku, masjid diboikot akibat mimbar yang tidak efisyen dan menurut kehendak Islam.



Harga RM5
Kod: A021
Percubaan orang-orang Melayu di Negara ini khususnya mahu mengangkat kembali martabat mereka sebagai bangsa yang maju di dunia menghadapi cabaran getir. Mereka bukan tidak mampu untuk kembali mencapai zaman kegemilangan yang pernah tercatat dalam sejarah. Namun mereka telah lupa bahawa disaat itu mereka telah disatukan oleh Islam yang dibawa oleh pedagang Arab ke Nusantara.
Kini umat Melayu di Negara ini berhadapan dengan pelbagai polemic yang menjadi penghalang kepada pencapaian kemajuan tersebut. Jika ini berterusan maka tidaklah hairan Wawasan 2020 yang diidamkan hanya akan tinggal slogan sahaja.
Orang Melayu amat sensitif dengan agama Islam. Namun dalam penyatuan kembali umat Melayu agama Islam seolah-olah tidak berupaya menjadi wadah penyatuan itu. Apakah agaknya yang mereka sekelian mahukan?
Mufti Negeri Perak menjawab segala permasalahan yang berkaitan dengan kemunduran umat Melayu masa kini dari pelbagai sudut, sama ada ekonomi, politik atau cara hidup termasuklah masalah social yang sedang melanda umat Melayu kini. VCD ini mesti dimiliki oleh setiap umat Melayu, sama ada mereka ahli PAS, UMNO atau rakyat ‘non particision’.



Harga RM5
Kod: A020
Tuan Haji Mohd Fahmi bin Haji Abdul Kadir telah dilahirkan di Kg Ulu Kenderong, Gerik pada 20 Mac 1974. Mendapat pendidikan antaranya di Kolej Islam Kelang (SPM), Pondok Taufikiah Al-Latifiah, Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu, University of Jordan (Ijazah Sarjana Muda Kepujian Bahasa Arab), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Pendidikan), Universiti Malaya (Sarjana Bahasa Arab dan Ilmu Islam – 2002 tajuk tesis: Pengguguran kata dan ayat: Satu analisis kemukjizatan Al-Quran) dan Universiti Malaya (Doktor Falsafah Bahasa Arab dan Ilmu Islam tajuk tesis: Kesan Bahasa Arab terhadap perselisihan Fuqaha’: Kajian khusus terhadap kitab Bidayat al-Mujtahid Wa Nihayat al-Muqtasid)
Pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, guru di Sekolah Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa, sebagai Tutor (Ideal di Universiti Putra Malaysia), guru di SMKA Maahad Muar, Johor, dan guru di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik.
Pada masa ini beliau sedang bercuti kerana menyiapkan tesis kedoktorannya di semester 2. Kupasan beoliau mengenai tajuk yang diperbincangkan sangatlah ideal dan penuh dengan kehebatan kemukjizatan Al-Quran itu sendiri.




Harga RM5
Kod: A019

Umat Islam di negara ini menghadapi ancaman baru, sekaligus ancaman kepada perlaksanaan Islam Hadhari jika fahaman baru ini tidak dihapuskan.
Fahaman baru yang dimaksudkan itu ialah ajaran agama Islam yang mementingkan toleransi dalam perlaksanaannya atau lebih dikenali sebagai Islam Liberal.
YBhg Dato’ Seri Hj Harussani mengupas sejarah kewujudan fahaman ini dan penularannya dalam kehidupan masyarakat Islam masa kini.
Nyata, jika fahaman Islam Liberal tidak dibendung ianya akan mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan masyarakat Islam masa kini yang juga sekaligus menjadi ancaman baru kepada perlaksanaan Islam Hadhari.
Dapatkan kupasan terkini dari VCD keluaran Kelab Warga JMNPk



Harga RM5.00
KOD: A018
Umat Islam diserang kegelisahan apabila Astora Jabat mengeluarkan ‘fatwa’nya menyatakan katak halal dimakan. Begitu pula dengan Datuk Masitah Ibrahim mencipta ‘fatwa’ baru menghalalkan pelacuran.
Semuanya ini adalah gara-gara Islam cuba dikelirukan dengan pelbagai isu dalam usaha menggugat keimanan para penganutnya.
YBhg Dato’ Seri Hj Harussani menangkis kedua-dua fatwa baru ini sekaligus menafikan katak dan pelacuran halal disisi agama Islam.
Sambil mengingatkan bahawa umat Islam perlu berguru dengan ulama yang muktabar dan mereka yang ikhlas dalam mempertahankan kesucian agama, bukan kerana kepentingan tertentu.
Selain itu isu yang diperkatakan ialah kedudukan penubuhan IRC kini, Islam Liberal dan pengaruhnya, penyelewengan penulisan mereka yang sering disiar di akhbar seperti Astora Jabat dan lain-lain.




Harga RM10.00
KOD:A017
Perbahasan mengenai kedudukan zakat dan wakaf dan peranannya dalam memajukan ekonomi umat Islam menjadi topik utama dalam muzakarah ulama tahun ini. Dasar Zakat Negara terus menjadi sasaran utama para peserta dan perbahasan mengenainya menjadi semakin menarik apabila parti politik pembangkang mengesyorkan bahawa Kerajaan Negeri Perak patut melancarkan geran pelancaran wakaf yang merupakan satu imbuhan kepada mereka yang berhasrat melabur dalam saham wakaf negeri.
Pelbagai isu ekonomi masa kini telah menjadi perbahasan para peserta muzakarah ulama kali ini. Kesemuanya ke arah menaikkan martabat dan kedudukan ekonomi umat Islam.
Jika anda tidak berkesempatan mengikuti muzakarah ini, adalah penting memiliki VCD Muzakarah Ulama 2005 ini untuk sama-sama mengikuti apakah yang perlu dilakukan oleh semua pihak dalam usaha memperkasakan ekonomi umat Islam di negara ini.




Harga RM5.00
KOD: A016
Perzinaan adalah perkara terlarang dalam Islam. Justeru itu agama Islam mengkatogerikannya sebagai dosa besar yang perlu dihitung mengikut hukum hudud. Mengedarkan kondom percuma kepada pesakit hiv positif tidak menjamin mereka tidak berzina kerana pemberian itu seolah-olah memberikan kunci kebebasan kepada mereka.
Begitu pula dengan mengedarkan jarum di kalangan mereka yang hiv positif, bukan sesuatu yang digalakkan dalam agama Islam. Ini kerana perbuatan menggalakkan mereka meneruskan ketagihan dadah adalah bercanggah dengan syariat dan ia diharamkan mengikut perspektif agama.
Isu pemberian jarum dan kondom percuma kepada pesakit hiv positif telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Ramai yang mempertikaikannya. Apa yang paling penting, sudah banyak negara di dunia mengakui kegagalan dalam usaha itu, tetapi anihnya negara kita hendak menerimanya.
Namun di pihak kerajaan amat berkeras akan melaksanakannya Oktober ini. Ikuti pandangan YBhg Dato' Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak mengenai isu ini.



Harga RM20.00
KOD: A015
Pemergian tokoh falak negara Al-Marhum Tuan Haji Mohd Khair bin Haji Mohd Taib pada 28 Oktober, 1989 ibarat patah tidak bersambung dan hilang masih belum ada gantinya. Asas yang telah dibina oleh al-marhum selama ini, telah menghidupkan keilmuan falak dan astronomi negara hingga negara mampu muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai tokoh astronomi di peringkat antara bangsa.
Dunia astronomi negara diwarnai kegemilangan dizaman al-marhum dan jejaknya kini masih dikaji oleh individu atau pihak tertentu termasuk organisasi yang besar seperti institusi pengajian tinggi negara.
Majlis Munaqosyah Tokoh Falak negara ini telah dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perak dengan sokongan Kerajaan Negeri Perak sebagai satu percubaan untuk mengembalikan tamadun kegemilangan dunia astronomi negara.
DYTM Raja Muda dalam titahnya mengesyorkan agar usaha seumpama ini diteruskan bagi lain-lain tokoh yang pernah mengharumkan nama negara.
VCD ini mengandungi titah DYTM Raja Muda, dokumentari khas riwayat hidup al-marhum, dan pembentangan kertas kerja penting yang dibuat oleh mereka yang pernah hidup sezaman dengan al-marhum. Ia mengandungi 4 keping VCD dengan harga RM25.00 termasuk belanja pos.




Harga RM5.00
KOD: A014
Institusi keagamaan sering kali menjadi sasaran apabila sesuatu musibah menimpa umat Islam. Mengapakah ini harus terjadi?
Realiti masa kini ada terdapat di kalangan umat Islam sudah tidak dapat menahan kesabaran apabila berhadapan dengan mala petaka seperti tsunami. Justeru itu dengan mudah mereka menuding jari kepada ulama’ atau institusi keagamaan apabila ianya terjadi.
Ulama’ harus dihormati sebagaimana maksud hadis, ulama’ adalah pewaris para Nabi. Namun manusia sudah tidak dapat membezakan antara yang harus dihormati dan dimuliakan.
Perkara jijik seperti jumud, lembab dan lemah tidak harus dilemparkan dengan mudah kepada ulama’ terutama dalam isu tsunami kerana mala petaka yang terjadi sebenarnya adalah satu peringatan kepada semua manusia untuk kembali kepada Tuhannya.
VCD ini merupakan satu penafian kepada pihak yang menuding jari kepada ulama’ bahawa disebabkan kejumudan mereka ini semua terjadi. Hayati penulisan YBhg Dato’ yang telah diVCD dan diterbitkan oleh Jabatan ini.




Harga RM5.00
KOD: A013
Isu penubuhan IRC dan etika penulisan oleh Astora Jabat dalam akhbar mingguan, Mingguan Malaysia adalah antara beberapa isu yang menjadi perbahasan hangat antara guru-guru agama tauliah Negeri Perak pada majlis Ijtimak yang diadakan pada 14 April 2005 yang lalu. Antara lain isu yang dibangkitkan dalam dialog ini ialah:
· Apakah motif disebalik penubuhan IRC?
· Mengapakah Sister In Islam begitu mempertahankan hak-hak asasi manusia?
· Adakah Islam menjadi penghalang hak kebebasan manusia?
· Apa kaitan di antara Amina Wadud dengan Sister In Islam?
· Bagaimanakah pendirian pimpinan mengenai kedudukan Astora Jabat
· Dan lain-lain isu…




Harga RM5.00
KOD: A012

Mufti Kerajaan Negeri Perak YBhg Dato’ Seri Dr Hj Harussani, bin Hj Zakaria menyeru umat Islam di negara ini, termasuklah badan-badan NGO’s serta parti politik supaya jangan terlalu berkira sangat soal istilah ‘hadhari’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui konsep Islam Hadhari.
Menurut Harussani lagi, anggap sahaja perkataan hadhari satu perkataan Melayu yang membawa maksud ‘memperkasakan umat Melayu’ di Negara ini dalam menepati konsep Islam Hadhari. Menurut Mufti Kerajaan Negeri Perak itu lagi, konsep Islam Hadhari patut menjadi agenda seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya akan membawa keuntungan kepada semua.
Harussani berkata, beliau telah dicabar di dalam internet oleh parti-parti politik supaya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan konsep Islam Hadhari. Pada program ini Mufti Kerajaan Negeri Perak itu telah menyahut cabaran tersebut dan membentangkan falsafah Islam Hadhari menurut kaca mata ulama’.
Konsep Islam Hadhari itu terbahagi kepada 6 bahagia utama iaitu satu agenda manusia dalam memperkasakan agama, akal, jiwa, keturunan, harta dan akhlak. Kesemuanya merupakan usul manusia yang 6 dan harus diperjuangkan. VCD ini adalah rakaman ucapan Mufti Kerajaan Negeri Perak itu ketika menyampaikan Executive Talk di Dewan Bankuet, Pejabat SUK Negeri Perak pada 17 Februari 2005 lalu.




Harga RM5.00
KOD: A011

Astora Jabat telah mengelirukan pemikiran umat Islam sehingga generasi jmuda hamper terpedaya bahawa peristiwa Isra’ Mikraj sebagai satu cerita dongeng. Apa lagi bila mereka menggunakan hukum akal untuk mengaitkan satu perjalanan manusia menemui Tuhan-Nya dalam satu malam sahaja.
Namun sebaliknya, para saintis di barat seakan menyedari bahawa insiden yang dicatatkan dalam AlQuran mengenai periistiwa Isra’ Mikraj, adalah berbetulan dengan kajian mereka mengenai kejadian alam ini.
Dr Danial Zainal Abidin telah menggunakan kepakarannya mengupas dan menganalisa petikan dari kajian saintis ini untuk tontonan dan pendengaran anda, bahawa bukanlah mustahil apa sahajja yang dikehendaki Allah menjadi satu kenyataan sebagaiman maksud firmanNya.. Dan jika Allah menghendakinya, maka jadilah!
MOga-moga perbincangan dan kupasan yang dibuat oleh pakar mtivasi dan pendakwah bebas ini berjaya menenggelamkan kekeliruan yan baru hendak dicambahkan oleh Astora Jabat melalui majalah Al-Islam keluaran bulan Julai 2004 yang memaparkan artikel bertajuk “Kejadian karut mengarut dalam Isra’ Mikraj”




Harga RM10.00
KOD: A010
Rasulullah sudah mengingatkan manusia dalam sebuah dialognya dengan para sahabat, yang antara lain bermaksud: 'Bagaimana (pula) keadaannya apabila kamu menyuruh kepada perkara mungkar (kejahatan) dan melarang kepada yang maaruf (kebaikan)?'Para sahabat menyahut: 'apa yang terjadi yang Rasulullah?' Baginda bersabda, Allah akan menurunkan bala yang lebih dahsyat sebingga orang-orang yang berakal akan menjadi bingung. Antara lain isu yang dibangkitkan dalam dialog ini ialah:
Bolehkah wanita menjadi imam?
Bagimanakah hukumnya jika seseorang jemaah meninggalkan qariahnya?
Mengapakah perpecahan sering berlaku di kalangan umat Islam?
Apakah hukumnya pejuang Afghanistan atau pejuang Iraq yang meletupkan diri mereka dalam usaha menentang pihak musuh (kafir)?
Bolehkah kita membenarkan jin memasuki tubuh manusia dan menggunakannya untuk sesuatu tujuan?
Apakah muslihat di sebalik penubuhan Kaunselor Antara Agama-agama (IRC) ?
Mengapakah umat Islam yang murtad tidak didaftarkan?
Mufti mengulas isu penangkapan 100 orang muda mudi yang minum arak dan berpakaian tidak sopan di disko Zouk
Dan lain-lain isu…



Harga RM5.00
KOD: A009
Sewaktu kegemilangan pemerintahan Islam, iaitu di akhir-akhir pemerintahan RasululLah s.a.w, Islam telah dapat menguasai tiga suku dunia. Zaman di mana kalangan para sahabat memerintah pula, kekuasaan Islam menurun sedikit demi sedikit. Hingga akhirnya kuasa itu berpecah di akhir pemerintahan sahabat yang empat.
Paling menyayatkan hati apabila Rasulullah menduga semuanya ini berlaku disebabkan kurniaan mukjizat yang ada pada diri baginda. Namun, sungguh pun begitu berkali-kali dalam memperbaharui tekad sebaik sahaja tahun baru hijrah bermula, umat Islam gagal mencapai perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai seribu tahun lalu.
Kini umat Islam berada dalam tahap ‘penghapusan’. Justeru itu kita sering kali melihat umat Islam menjadi mangsa keganasan etnik atau oleh kuasa besar apa lagi pemerintah bukan Islam, juga oleh faktor alam seperti tsunami. YBhg SS Dato’ Seri Dr Hj Harussani mengupas secara panjang lebar sejarah yang telah dicapai dan apakah tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam di peringkat akar umbi masa kini.




Harga RM10.00
KOD: A008
YBhg Dato’ Seri Hj Harussani bin Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak meluahkan rasa kekesalannya terhadap sikap umat Melayu melalui majlis dialog ini. Sambil menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak menguntungkan, sikap sedemikian sebaliknya akan mencetuskan polemik sosial yang berpanjangan.
Menurut Mufti Kerajaan Negeri Perak itu lagi, umat Melayu kini suka berbalah dalam isu-isu kecil yang tidak menguntungkan mereka.
Sebaliknya, dalam masalah yang lebih berat, seperti pendidikan, ekonomi dan masalah social yang melanda umat Islam tidak diberikan perhatian utama.
Akibat dari sikap negatif itu, bilangan umat Islam yang terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah, perzinaan dan minum arak, semakin ramai dan ianya kini seperti sudah menjadi satu trend atau corak kehidupan masa kini.
Sahibul Samahah Mufti juga juga kesal terhadap umat Islam yang tidak merasa malu melakukan perbuatan maksiat itu secara terang-terangan.
Justeru itu ikutilah nasihat dan pandangan yang berguna dari beliau untuk difikirkan bersama demi kebaikan.




Harga RM10.00
KOD:A007
Pelbagai isu telah dibincangkan dalam dialog ini.
Antaranya YBhg Dato’ Seri Hj Harussani Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak telah ditanya berhubung dengan pendiriannya mengenai tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting. Apakah pendirian beliau mengenai hal ini?
Selain itu isu Konsert Sure Heboh telah dibahaskan dengan hebat. Apakah motif di sebalik pengharamannya?
Islam Hadhari. Ramai umat Islam masih keliru dengan pengenalannya oleh Kerajaan. Penjelasan Mufti Negeri Perak itu mungkin dapat meredakan keresahan umat Islam mengenainya.
Ulama adalah pewaris para nabi. Bagaimanakah cirri-ciri seorang ulama itu? Bagaimanakah kedudukan seorang ulama yang dikatakan ekstrim? Benarkah menentang ulama akan mengakibatkan kita terpaksa menempuh halangan atau bala?
Selain itu berbagai lagi permasalahan ibadat yang dikupas oleh Mufti Negeri Perak dalam VCD ini




Harga RM5.00
KOD:A006

Program Muzakarah Ulama adalah program tahunan Kerajaan Negeri Perak. Ianya diadakan bersempena ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Ysuof Izudin Ghafaralu Shah. Tahun 2004 Muzakarah Ulama membawakan tema “Pembentukan Ummah, Melalui Penasihatan Berkesan”. Dokumentari ini mempaparkan aktiviti yang berlaku di sepanjang muzakarah 2004 dengan menumpukan kepada usaha-usaha melahirkan masyarakat yang sempurna melalui kaedah penasihatan yang terbaik. VCD ini seharusnya menjadi kenang-kenangan terutama kepada mereka yang telah menyertai muzakarah ini, dan juga tauladan yang baik kepada yang tidak berkesempatan.




Harga RM5.00
KOD:A005

Al-Quran mempunyai hikmah dan kemampuan untuk menyatupadukan umat, namun kini Al-Quran tidak pernah dijadikan sumber untuk rujukan kepada perpaduan. Manusia dengan angkuh mencari formula lain, seolah-olah tidak yakin dengan formula yang telah dianjurkan oleh Al-Quran. Al-Quran perlu dikaji, difahami dan diamalkan untuk memandu manusia kea rah kesejahteraan kehidupan.
Profesor Madya Jamil Hashim berjaya membawa penonton kepada kaedah terbaik menghayati dan merealisasikan Al-Quran dalam kehidupan. Dengan membawakan contoh-contoh semasa dan yang diamalkan oleh orang tua-tua dahulu, beliau berjaya mencungkil amalan yang harus dilaksanakan manusia masa kini.
Penyakit yang melanda umat Islam kini ialah manusia mencintai dunia melebihi akhirat. Akibatnya Allah mncabut kemanisan iman sehinggalah akhirnya, jika manusia itu tidak bertaubat, maka hilanglah rasa keyakinan mereka untuk berpanduan kepada Al-Quran.




Harga RM5.00
KOD:A004

Ramai di kalangan umat manusia mengaku mencintai Al-Quran. Tetapi apa yang dizahirkan melalui perkataan itu tidaklah sama dengan apa yang dilakukan oleh manusia. Dalam masa yang sama manusia melakukan pendurhakaan kepada Allah.
YBhg Dato’ Seri Hj Harussani b Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak menyentuh perlakuan umat manusia yang durhaka ini hingga mengakibatkan imej Islam itu jatuh lalu mereka disamakan dengan pengganas dan pembunuh.
Islam melalui Al-Quran memandu manusia ke arah tamadun yang dihormati. Sebaliknya manusia lebih berbangga memilih tamadunnya sendiri hingga akhirnya umat Islam kini tidak lagi dihormati, apa lagi untuk mencapai tamadun yang pernah mereka kuasai satu masa dahulu.
Lebih mendukacitakan, umat Islam dipandang hina dan kini berada jauh di belakang. Persoalan ini telah dikupas dengan terperinci oleh Mufti Negeri Perak itu dengan harapan menyedarkan manusia agar segera bangun dari tidur mereka yang panjang!




Harga RM5.00
KOD:A003

Dalam VCD 1 Penjelasan Mengenai Azab Kubur yang telah dibuat oeh YBhg Dato’ Seri Hj Harussani Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak, kita telah dijelaskan mengenai keterangan yang menolak dakwaan Astora Jabat. Malahan kepada mereka yang bersetuju dengan dakwaan itu, para ulama’ telah mensepakati bahawa mereka ‘terkeluar’ dari ajaran Islam maha suci atau murtad.
Kehangatan mengenai isu ini diperjelaskan lagi dalam VCD siri 2 ini dan antara lain-lain isu yang turut diperbahaskan ialah hokum bagi mereka yang menolak hadis, menolak hudud, dan bagaimana caranya mahu membentuk sebuah Kerajaan Islam yang dinamik, berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.
Juga isu terhebat diperkatakan ialah mengenai Islam hadhari




Harga RM5.00
KOD:A002

Astora Jabat mahu umat Islam keliru apabila menulis mengenai kononnya umat Islam tidak perlu percaya kepada adanya siksaan azab kubur.
Menurut beliau, tidak ada bukti yang cukup kuat mengenai kewujudannya kerana ia tidak disentuh langsung di dalam Al-Quran.
Justeru dakwaan Astora ini telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat masa kini. VCD ini menjelaskan taktik penulis yang mahu mengelirukan pemikiran umat Islam dan stategi yang tersirat dis ebaliknya.
Dapatkan VCD yang asli keluaran Kelab Warga JMNPk, ulasan yang dibuat oleh YBhg Dato’ Seri Hj Harussani bin Hj Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dan penafian mengenai dakwaan palsu Astora Jabat ini.




Harga RM5.00
KOD:A001

Perjuangannya mengangkat martabat Islam ke mercu kegemilangan mendapat penghargaan sehingga beliau dimartabatkan sebagai tokoh maal hijrah tahun 2003 dan menrima anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato’ sempena ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kali ke 76 tahun 2004.
Usaha gigih Dato’ Hj Abd Latif bin Abd Rahman, bukan sahaja perlu diketahui, malah perlu dicontohi dan diwarisi agar kesucian Islam dapat dipertahankan dari sebarang anasir pencemaran akibat arus pemodenan dan perubahan minda manusia.
Pengekalan sistem pengajian ala pondok di zaman moden adalah sesuatu yang agak ganjil, namun terbukti ianya satu mekanisme yang tepat untuk melahirkan generasi yang berpegang kepada kepada prinsip Islam sejati sebagaimana yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Hadis.
Dokumentari ringkas ini adalah kenang-kenangan kepada Dato’ Hj Abd Latif bin Hj Abd Rahman sendiri, selagi hayatnya kerana iltizam dan perjuangannya terhadap agama Islam maha suci. Iannya adalah langkah sulong kepada JMNPk dalam usaha merakamkan scenario perjuangan guru-guru agama di Negeri Perak yang belum pernah mendapat perhatian mana-mana pihak sebelum ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home