PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Monday, September 18, 2006

ULANG TAHUN PERTAMA 3GPI LAWAS


3GPI Lawas menyambut ulang tahun pertama pada 3 Oktober 2006.Tarikh keramat majlis perasmian penubuhan 3GPI oleh PPDK Lawas pada 3 Oktober 2005 menandakan bermulanya era baru GPI/j QAF meneruskan kelangsungan gerak kerja berjamaah di bumi Lawas dengan bernaung terus di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas.Mengutip pengalaman bernaung di bawah BUDI sejak tahun 1996/97,kalangan GPI merasakan peluang dan ruang untuk memacu perubahan ke arah memperkasakan GPI sangat terbatas dek kekangan BUDI sebagai organisasi yang tidak mempunyai asas penubuhan yang kukuh.Boleh kita katakan bahawa BUDI bersifat 'underground' dan sentimen 'kesemenanjungan'nya agak ketara menyebabkan masyarakat tempatan kadang-kadang menjadi salah faham.

Ditambah pula dengan zaman 'dark age 'nya hampir 4 @ 5 tahun kebelakangan di mana BUDI sangat pasif dan tidak dapat meyakinkan ianya sebagai sebuah badan yang sistematik dan berpengaruh.Tatkala itu banyak kalangan kita membawa diri masing-masing.Namun imej BUDI agak bernasib baik dengan penonjolan 'orang-orang lama' seperti Ust Mazlan dan Ust Asri yang terus istiqamah bersama masyarakat mengimarahkan syiar Islam dibumi Lawas.

Penulisan kali ini tidak bermaksud untuk merendahkan BUDI selaku badan yang telah menabur budi sekian lama namun kita sedar bahawa kita tidak lagi mampu untuk bertahan bersama-sama dengan sebuah badan yang enggan berubah sedangkan persekitaran sangat mendesak untuk kita melakukan perubahan bagi memenuhi tuntutan agama.

Namun sejak BUDI dibawah pimpinan Ust Asri,kita lihat ada perubahan sedikit demi sedikit.Dalam kepayahan BUDI cuba bangkit dari kesilapan masa lampau dengan menyuburkan kembali budaya berjamaah.Aktiviti demi aktiviti dilangsungkan dengan jayanya walaupun kadang-kadang sambutan ahlinya agak dingin tetapi BUDI terus melangkah dengan berhati-hati supaya kesilapan masa lalu dapat dinyahkan dari lipatan diarinya.

Rentetan inilah maka satu perbincangan dari hati ke hati dan penstrukturan jamaah secara sistematik wajar dilakukan demi memastikan perancangan dan gerak kerja jamaah dapat dilaksanakan dengan berkesan.Segala fasiliti dan peluang yang ada di bumi Lawas ini sepatutnya kita manafaatkan seoptimanya ke arah pengwujudan KHAIRA UMMAH.

"ISLAM SEBAGAI CARA HIDUPKU"

setiausaha.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Syukur kepada Allah yang telah memungkin sesuatu yang mustahil itu menjadi nyata dgn hanya kalimah 'kun' maka 'fayakun'lah sesuatu itu. Begitu juga dgn apa yg kita perjuangkan iaitu ke arah memperkasakan diri kita sebagai hamba Nya tak mungkin tercapai kiranya tiada insan-insan yang ikhlas mendukungnya. Semoga Allah sentiasa memberkati kita dan semoga amal kita akan membuahkan sifat kehambaan kepada Nya sebagai natijah. amin.

6:17 AM  

Post a Comment

<< Home