PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Saturday, October 08, 2005

Keratatan Akhbar-Ajaran DIN

Harian Metro Edisi KL : Anda mahu taubat? Bayar RM300
Oleh Saipul Adli Mohamad

GOMBAK: Satu kumpulan yang berselindung di sebalik siri pengajian tafsir al-Quran, dikesan menyimpang daripada ajaran Islam dengan mengenakan bayaran RM300 sebagai ‘wang taubat’ untuk menyucikan diri pengikut barunya.Pendedahan mengenai kegiatan kumpulan Daulah Islamiah Nusantara (DIN)/Pemuda Khafi itu yang sudah lebih 10 tahun bertapak di negara ini dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), semalam.Abim menganggap DIN memperalatkan agama untuk mengumpul dana dan boleh pesongkan akidah umat Islam.Seorang bekas ahli kumpulan itu, Leman (bukan nama sebenar), mengakui sudah membayar RM1,360 termasuk RM1,000 untuk pendaftaran awal, RM300 sebagai ‘wang taubat’ dan RM60 untuk yuran bulanan.“Bagi duit taubat, saya pada mulanya mahu membayar RM100 saja kerana kekurangan wang, tetapi mereka kata saya sudah hidup dan berdosa selama 25 tahun, tidak mungkin boleh bayar RM100 saja. Mereka arahkan saya bayar penuh RM300,” kata graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu.Leman menyatakan dia kini dikatakan ‘kafir’ kerana hanya sempat mengikuti ajaran itu selama lebih dua minggu saja, berbanding tempoh enam bulan yang ditetapkan untuk sesi pengajian digelar tilawah asas.“Saya ikut kumpulan itu April lalu. Saya diajak tahun lalu oleh tiga orang berlainan, termasuk rakan sekolah dulu. Seingat saya, saya diajak tiga kali, tetapi mereka sebenarnya ada rekod menyatakan sudah empat kali usaha itu dilakukan.“Saya tertarik kerana ada kelas al-Quran, malah rakan itu menyatakan ajaran berkenaan lain daripada yang lain. Lagipun, ia pelik kerana tidak tahu siapa guru sebenar dan lokasi pula berubah mengikut keadaan.“Kali pertama tilawah, saya dibawa rakan yang dipanggil penaja itu ke Cheras. Ketika masuk ke kawasan itu, kami ikut jalan yang berpusing-pusing kononnya supaya orang kafir tidak nampak. Saya ingat orang kafir yang dimaksudkan adalah bukan Islam, rupanya mereka yang bukan pengikut ajaran ini dikatakan kafir,” katanya.Menurutnya, sesi tilawah pertama itu diadakan di rumah kedai dan di dalamnya terdapat dua orang lain, yang digelar pendamping dan penyampai, lalu berlaku situasi tiga lawan satu.Menurutnya, dalam tempoh lima hingga 10 hari pengajian, mereka menggunakan serangan psikologi, tafsiran al-Quran dan hadis mengikut logik untuk menimbulkan keraguan terhadap asas Islam sebenar dan mendakwa terdapat empat asas pengajian iaitu akidah, ibadah, sunnah dan pelaksanaan.“Saya dalam keadaan sedar, tetapi tidak sempat berfikir kerana ia dilakukan secara intensif. Seminggu ada tiga atau empat kali sesi tilawah dan satu sesi selama tiga jam. Mereka hafal ayat dan terjemahan, cakap sikit lapik dengan ayat al-Quran dan surah tertentu.“Fahaman terhadap kewajipan solat dicairkan. Mereka dakwa apa saja yang dilakukan adalah solat dan menggunakan hadis Rasulullah s.a.w. solat pada waktu malam sampai pecah kaki sebagai hujah dan bagi mereka, itu bukan solat biasa.“Soal solat ini menyebabkan saya berpatah balik dan keluar dari ajaran itu. Pada tilawah pertama, mereka benarkan saya sembahyang tetapi tiga pemimpin itu tidak sembahyang. “Apabila saya tanya, mereka kata solat ada dua jenis iaitu ‘actual dan ritual’ yang bermaksud solat biasa dilakukan di tempat suci dan aman manakala aktiviti dakwah atau pelaksanaan ajaran keIslaman seperti gerak kerja kumpulan ini juga adalah solat.“Secara tidak langsung, penjelasan itu bermakna mereka menafikan solat dan mereka anggap ketika sesi tilawah keadaan tidak aman seperti sedang berperang, jadi tak perlu solat.“Saya tidak setuju dengan hal itu dan tarik diri,” katanya sambil menjelaskan ada juga ahli yang keluar kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.Selain pengajar sering berubah, Leman berkata, dia pernah diarah beberapa kali menutup mata kali untuk ke destinasi pengajian supaya pengikut tidak tahu lokasi berkenaan dan kononnya ia bertujuan menguji keikhlasan hati.“Contohnya kelas 8 malam. Penaja akan menerima panggilan telefon daripada orang atasan dan dia akan beritahu lokasi. Sama ada lokasi itu tempat tilawah atau sekadar tempat transit sebelum dijemput untuk ke tempat lain pula, bergantung kepada keadaan.“Mata akan ditutup ketika dalam perjalanan untuk ke lokasi sesi bai’ah ke atas. Biarpun tiga kali saya diarah menutup mata, saya tidak rasa takut kerana semuanya dirasakan sebagai rakan rapat. Sepatutnya, tempoh tilawah enam bulan dan selepas itu, ada tilawah lanjutan.“Saya pernah ‘bersembang’ dalam forum di laman web dan dapati ramai lagi pengikut ajaran sama di negara ini. Saya turut ‘bersembang’ dengan seseorang yang dipercayai pengikut ajaran itu di negara jiran, sejak tiga tahun lalu dan hasilnya, ia ajaran sama yang menyeleweng,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA-Kumpulan ajaran sesat mahu tubuh empayar Islam dikesan
GOMBAK 28 Sept. - Sebuah kumpulan ajaran sesat yang bermatlamat mewujudkan empayar pemerintahan Islam atau negara Islam kini dikesan bergerak aktif dengan berselindung di sebalik kelas pengajian al-Quran.Kegiatan kumpulan yang bergerak secara rahsia dan tersusun itu dikesan hasil kajian dan penyelidikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sejak lebih enam bulan lalu.ABIM mula melakukan penyelidikan itu setelah menerima maklumat mengenai kegiatan ajaran sesat tersebut daripada beberapa orang bekas anggota kumpulan berkenaan.Presiden ABIM, Yusri Mohamad berkata, kumpulan yang bergerak atas nama Daulah Islamiah Nusantara (DIN) atau Pemuda Kahfi itu dipercayai bergerak aktif di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu.Bagaimanapun katanya, kegiatan kumpulan DIN yang mempunyai organisasi tersusun dan penuh kerahsiaan itu sukar dikesan kerana mereka bergerak atas nama kelas pengajian al-Quran.Menurutnya, berdasarkan pengakuan bekas ahli kumpulan itu, kebanyakan pengikut ajaran sesat DIN terdiri daripada golongan profesional termasuk doktor, jurutera, peguam dan pensyarah.

HARAKAH DAILY-Abim dedah ajaran sesat Kumpulan Din/Pemuda Kahfi
Oleh SALMIYAH HARUN

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak keselamatan agar memantau rapi aktiviti agama khususnya ajaran dan amalan Kumpulan Din atau Pemuda Kahfi.Berdasarkan modus operandi kumpulan terbabit, Abim juga yakin ajaran Kumpulan Din menyeleweng daripada ajaran Islam.Presiden Abim, Yusri Mohamad, dalam satu sidang media khas di Anjung Rahmat, Gombak, dekat sini hari ini, mendedahkan aktiviti Kumpulan Din atau Pemuda Kahfi yang bergerak melalui siri pengajian tafsir al-Quran."Abim memandang serius isu ini yang melibatkan beberapa ajaran yang boleh menyebabkan umat Islam keliru dan terjebak dalam sebuah lagi ajaran yang akan merosakkan masyarakat Islam," katanya.Menurut Yusri, kumpulan terbabit pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pemahaman al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia.Katanya elemen kerahsiaan begitu tinggi dapat dilihat melalui tempat belajar yang berubah-rubah, transit kereta, menutup mata dalam perjalanan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran al-Quran."Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketahui umum, keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan malah mempunyai beberapa lapisan pemimpin yang tidak dikenal pasti," katanya.Dalam pada itu, Yusri juga mengesyaki kumpulan terbabit bermotif mengumpul dana memandangkan pengikut dikenakan yuran sehingga RM3,500 sebaik sahaja tamat pengajian mereka.Jelasnya, kumpulan Pemudah Kahfi ini akan mengenakan bayaran sebelum memasuki kelas tilawah prospek (orang baru) dikehendaki membayar wang 'taubat' dengan nilai minimum RM300.Tambahnya, wang 'taubat' itu adalah tambahan kepada RM1,000 yang telah dibayar untuk menyertai kelasnya sebagai pendaftaran awal, RM60 bulanan, RM70 untuk pembelian barang keperluan dan RM3,500 untuk bayaran melawat 'Negara Islam'."Kumpulan ini mensasarkan orang Islam sahaja, umurnya pula tidak tua dan tidak muda yang penting pengikutnya adalah orang bekerja dan mempunyai gaji lumayan," kata beliau.Beliau juga mendakwa ajaran ini pun sudah memasuki kampus-kampus institusi pengajian tinggi awam dan swasta.Justeru, Abim menyeru umat Islam mengambil sikap berhati-hati memantau ahli keluarga dalam mengikuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus operandi atau pendekatan yang didedahkan.Pengakuan sulit bekas ahli Pemuda KhafiSeorang pemuda yang enggan mendedahkan identiti kerana dibimbangi dicari oleh pengikut-pengikut kumpulan terbabit yang dikatakan pergerakan mereka sungguh licik dan sistematik, bersedia membuat pengakuan kepada media.Pemuda terbabit menceritakan bagaimana beliau terjebak dalam kegiatan kumpulan berkenaan tiga bulan yang lalu.Pada mulanya beliau telah diajak untuk memdalami ilmu agama Islam dan al-Quran oleh seorang teman lama waktu sekolah dahulu.Katanya, bagaimanapun beliau tidak diberitahu tempat dan masa untuk mengikuti kuliah agama itu, sebaliknya akan dihubungi kemudian.Sebaik sahaja dihubungi, beliau akan dijemput oleh salah seorang pemimpin kumpulan itu dan di bawa satu tempat di Shamelin Perkasa selepas berpusing-pusing di kawasan itu untuk mengelak daripada ‘orang kafir’ nampak mereka."Kata pemimpin kumpulan ini, orang yang ada di sekelilingnya tidak kira Islam ataupun bukan, semuanya kafir," katanya kepada wartawan.Beliau juga menceritakan bagaimana dirinya boleh terdorong untuk mengikut ajaran berkenaan.Beliau dibawa berjumpa dengan gurunya yang dikenali sebagai penyampai, pendamping, sponsor (orang yang menariknya mamasuki kumpulan ini) dan calon (dirinya sendiri)."Saya kena berhadapan ketiga-tiga guru itu, dan di sini proses indoktrinasi kepada saya berdasarkan tiga nisbah satu bertolak kepada keyakinan baru yang diperoleh prospek akan meneruskan pengajaran di sesi berikutnya," jelasnya.Tambahnya, kelas pengajaran bermula dengan program 'brainwash' atau digelar 'pembasmian fahaman jahiliah' yang dilakukan selama enam bulan."Proses ini dinamakan Sistem pendidikan Iqra'/Islam (SPI) yang hanya boleh disertai setelah tamat sesi pengenalan (4 sesi dengan tema besar - masa yang diambil kurang daripada 2 minggu)," katanya.Tegasnya, doktrin utama kumpulan ini berpandukan kepada empat tema besar antaranya, akidah, contohnya, pengertian kalimah syahadah pada frasa Muhammad ur-Rasulullah mereka memberi makna bahawa perkataan Muhammad bukan merujuk kepada Nabi Muhammad tetapi kepada umat, gerakan atau sesiapa sahaja yang menyebarkan risalah Islam.Selain itu, katanya, konsep Nubuwwah (kerasulan/kenabian) yang pada mereka diyakini berterusan sehingga kiamat, selagi ada orang yang menyebarkan Islam maka orang tersebut adalah juga Rasul.Tema yang kedua, katanya ialah Sunnah, seperti, sunnah pada mereka diertikan sebagai 'apa yang Muhammad buat setelah dilantik menjadi Rasulullah.Dan tema yang ketiga, kata beliau, ialah ibadah iaitu mereka berpendapat, solat terbahagi kepada dua jenis iaitu 'solat aktual' dan 'solat ritual'.Katanya, menurut mereka 'solat ritual' adalah solat seperti biasa yang pada mereka hanya dijalankan di tempat-tempat aman dan suci seperti di rumah manakala 'solat aktual' adalah sebarang aktiviti dakwah atau pelaksanaan ajaran keislaman (ataupun tilawah dalam istilah mereka) yang dilakukan, pada mereka ini juga adalah solat.Atas dasar solat inilah beliau mula berfikir bahawa ajaran mereka adalah sesat dan daripada sinilah beliau mula keluar daripada kumpulan terbabit.Beliau juga menyatakan antara dasar-dasar ajaran Kumpulan Pemuda Kahfi ini juga, rasul tetap diutus sehingga kiamat, wajib ikrar taat setia (bai'ah) kepada imam (pemimpin), dosa boleh ditebus dengan wang bergantung sama ada besar atau kecil jumlah wang ditentukan pemimpin, di luar kelompok mereka adalah kafir, membahagikan suasana persekitaran kepada zaman Makkah dan Madinah dan sekarang zaman Makkah maka syariat tidak perlu dijalankan.Menurut pemuda itu, beliau telah dikenakan bayaran sebanyak RM1,360 sepanjang tilawahnya enam bulan dan ramai di kalangan ahli keluar dari kumpulan ini kerana tidak mampu untuk membayar wang 'taubat' itu. – lanh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home