PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Saturday, October 08, 2005

Isu Rokok-apakah tiada penyelesaian.....??

BUKU TERAS DILANCAR DI MAJLIS PELANCARAN NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


IPOH 22 September 2005 - Buku TERAS bertajuk Demi Generasi kini dan masa depan ... Bersatu Menentang Rokok (Modul Lengkap Pengemblengan Masyarakat Memerangi Rokok) telah di lancar sempenan Kempen Nafas Baru Bermula Ramadhan Kementerian Kesihatan Malaysia di Institut Tadbir Islam Perak, Ipoh.

TERAS telah dilantik oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk membantu menjayakan kempen tersebut pada tahun ini dalam rangka untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen masyarakat untuk memerangi rokok.

Dalam buku yang dilengkapi dengan langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk memerangi rokok TERAS cuba memberi saranan agar masjid dijadikan pusat untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rokok. Buku yang dirangka oleh TERAS itu diharap dapat membantu aktivis kesihatan dikalangan masyarakat agar dapat melaksanakan berbagai gerakerja untuk menjalankan kempen anti rokok.

Sempena dengan pelancaran itu TERAS telah mengendalikan Seminar Khas dikalangan wakil 32 buah masjid untuk merangsang mereka melaksanakan aktiviti di qaryah masing-masing dalam gerakan Rangkaian Qaryah Tanpa Rokok. Seminar itu telah diketuai oleh Presiden TERAS, Hj Mohd Azmi Abdul Hamid. TERAS kini sedang mengusahakan agar sebanyak mungkin qaryah akan bergerak cergas untuk membasmi gejala merokok di kawasan masing-masing.

Dalam buku tersebut TERAS menjelaskan beberapa strategi yang boleh diambil oleh para aktivis kesihatan masyarakat sekaligus mendedahkan taktik yang dilakukan oleh syarikat rokok di dalam negara dan seluruh dunia. Ini termasuk menghantar memo kepada PM agar membatalkan Ekspo Tembakau yang bakal diadakan di KL November 2005 ini

TERAS berharap akan mencetuskan sebuah gerakan massa menentang rokok di negara ini melibatkan pelbagai pihak termasuk belia dan wanita, ulama dan pendidik, NGO dan jabatan kerajaan serta pekerja dan pemimpin akar umbi.

Mengikut Setiausaha TERAS, Ahmad Tarmizi Sulaiman, TERAS bercadang untuk turun ke sebanyak mungkin Masjid bagi melibatkan pemimpin-pemimpin masjid agar terlibat menangani isu rokok. Katanya industri rokok ini adalah suatu bencana dan musibah buat negara dan rakyat. Harus ada suatu kerja keras semua pihak supaya menentang rokok habisan-habisan.

Sementera itu Ust Kamarudin Kassim sebagai penggerak TERAS juga akan mengembleng imam-imam di seluruh Kedah supaya isu rokok akan menjadi isu besar untuk ditangani oleh institusi masjid. Beliau berpendapat sempena dengan bulan Ramadhan yang mendatang mesej kuat mengenai perlunya umat Islam membebaskan diri dari gejala merokok perlu dikembangkan dengan berkesan.


Aziz Man
Koordinator
Rangkaian Qaryah Tanpa Rokok TERAS Kedah
Sumber:TERAS MELAYU

0 Comments:

Post a Comment

<< Home