PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Friday, February 02, 2007

Tahun Baru Hijrah Menjengah Lagi


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Masih belum terlewat untuk PEKDIS cawangan Lawas merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah 1428 H kepada seluruh warga dan pendokong PEKDIS baik di bumi Lawas mahupun diseluruh peringkat.

Pasti tahun baru ini telah mendorong kita untuk mentajdidkan bukan diri sendiri bahkan insan-insan lain yang ada disekeliling kita.

Pada pengamatan umum,pendokong-pendokong PEKDIS Lawas bagi tahun baru ini menunjukkan semangat bekerja dan kesefahaman yang agak baik bagi merealisasikan matlamat murni yang terkandung dalam perlembagaan PEKDIS.Penilaian ringkas ini adalah berdasarkan mesyuarat kali pertama PEKDIS Lawas yang telah menghasilkan beberapa pelan induk sebagai asas perencanaan serta strategi pelaksanaan sebarang aktiviti.Sahabat-sahabat kita yang sebelum ini agak pendiam telah merubah dan memberikan pelbagai idea yang menarik.

Namun begitu dalam kesibukan dan kemeriahan kita menghadapi tahun baru ini,mudah-mudahan kita tidak melupakan pahit getir perjuangan saudara-saudara kita diseluruh dunia.Mereka bertarung dan berjuang dengan titisan darah dan nyawa untuk mempertahankan agama dan jiwa berbanding kita yang berjuang di dalam dewan dan pejabat dan kadang motif perjuangan pun bercampur aduk dengan riak,takabur dan sebagainya.

Doa kita semoga tahun baru memberi sinar harapan kepada seluruh warga pendokong perjuangan Islam untuk mencapai matlamat suci menjadikan agama sebagai satu cara hidup yang akhirnya segala limpahan kebaikan beragama akan memakmurkan masyarakat dan dunia.

Amin.Wallahu a'lam.

"KESEFAHAMAN,KEBERSAMAAN & KETAKWAAN"

Setiausaha.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home