PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Saturday, October 08, 2005

Biodata Presiden ABIM

BIODATA SAUDARA YUSRI MOHAMAD

Presiden ABIM ke-6
Sdr Yusri Mohamad dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1972. Beliau merupakan anak ketiga dari empat adik-beradik.Latar Belakang KeluargaBeliau berkahwin dengan Puan Hamiliya Mustafa pada tahun 1996 dan dikurniakan cahayamata seramai empat (4) orang.Sdr Yusri Mohamad dibesarkan di dalam keluarga yang belatarbelakangkan agama. Bapa beliau, Allahyarham Dato’ Haji Mohamad bin Che Wook merupakan bekas Mufti Besar Kelantan. Bapa dan ibunya, Datin Hajjah Nik Zahrah Nik Yahya, merupakan antara generasi awal graduan Melayu lulusan Mesir.Latar Belakang Pendidikan dan KerjayaBeliau menerima pendidkan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985-1989. Di MCKK, beliau mulai mengasah bakat kepimpinan sebagai pimpinan pelbagai persatuan termasuk Kesatuan Pelajar Kolej Melayu dan sebagai ahli lembaga pengawas.Sdr Yusri melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia dan lulus cemerlang di dalam bidang undang-undang (LLB) pada tahun 1995 dan undang-undang (shari’ah) (LLB(S) ) pada tahun 1996. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian sarjana undang-undang (LLM) (Undang-Undang Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, England.Bidang pengkhususan akademik beliau ialah Undang-Undang Perlembagaan Malaysia, Teori Perundangan Islam dan Undang-Undang Perlembagaan Islam. Beliau kini melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Teori Perundangan Islam di UIA, Malaysia.Beliau bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA Malaysia. Selain itu beliau juga terlibat sebagai perunding penasihat shari’ah dan motivasi kepimpinan dalam pelbagai kapasiti dari masa ke semasa.Latar Belakang Penglibatan dalam ABIMBeliau melibatkan diri di dalam gerakan pelajar seawal pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Ketika di UIAM, beliau dipilih dan diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada tahun 1995-1997. Beliau kemudiannya mula diamanahkan menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) ABIM pada Muktamar Sanawi ke-26 ABIM pada tahun 1997. Pada Muktamar Sanawi ke-32(2003), beliau dilantik sebagai Naib Presiden (Kebangsaan) dengan amanah khusus membina barisan kepimpinan muda sebagai generasi pelanjut kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Kuala Lumpur,
Malaysia 21 Ogos 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home