PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Sunday, July 09, 2006

Renung Keberkatan Masa

Assalamualaikum WTH.

Telah sekian lama kita tidak bertemu dalam ruangan siber dek keterbatasan masa serta komitmen lain yang lebih utama.Sesungguhnya kekurangan ini menjadikan kita insaf dan berfikir bahawa inilah kehendak serta kekuasaan Allah mengatur setiap saat kehidupan kita semua.Kadangkala kita juga patut merenung apakah hari ini Allah telah menarik balik keberkatan masa kepada kita,sehinggakan amat susah untuk kita bertemu,berkumpul, merencana dan mengimplementasikan dapatan bersama sesuai dengan tuntutan agama.

Namun kita sepatutnya senantiasa optimis dan mempunyai daya usaha setinggi gunung,keazaman dan kecekalan merempuh badai cabaran sehebat puting beliung menggegarkan alam seterusnya menanam keyakinan akan kebolehan kita menandingi kehebatan bangsa lain menterjemahkan ajaran agama dalam diri kita dan masyarakat amnya.

Kini kita pasti akan ada lagi cabaran-cabaran mendatang yang akan cuba merobek dan merungkai perpaduan dan keazaman kita,tetapi kita yakin dengan keteguhan hati setiap kalangan kita untuk bertahan dan mengubah keadaan sedia ada.

Kepada teman-teman sekalian,ayuhlah buat kesekian kalinya kita bergerak bersama-sama memacu kecemerlangan sebenar tamadun agama kita.Luangkan masa barulah kita akan ada masa.

"SERVICE BEYOND ORDINARY"

setiausaha,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home