PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Thursday, February 15, 2007

Pimpinan Baru PEKDIS Cawangan Lawas



"Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
- Umar ibni Abd al-Aziz.



Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang muttafaq 'alaihi kepada Huzaifah yang bermaksud:

"Wajib kamu bersama jamaah muslimin dan imam mereka"

Ini merupakan prinsip yang mesti ada pada orang Islam.Iaitu orang Islam mesti mempunyai jamaah dan imam.Sesungguhnya kewajipan yang besar ke atas setiap orang Islam ialah setia kepada jamaah dan imam mereka.(Said Hawwa,1999)

Syukur pada tahun baru ini kita di Lawas,walaupun berada dihujung negeri Sarawak,namun kita sebenarnya telah dianugerahkan Allah satu jamaah dan pimpinannya yang secara syura dilantik bagi melaksanakan gerak kerja secara bersepadu dan tersusun.Secara umumnya kita melihat bahawa jamaah inilah sebagai alternatif yang ada untuk kita bersama-sama mempraktikkan ilmu dan kemahiran khusus kepada sasaran dakwah.

Selain daripada PEKDIS,ada juga badan dakwah yang lain seperti HIKMAH dan PERKIM yang turut mewarnai usaha dakwah di Lawas.Kepada teman-teman kita sebenarnya tidak memaksa kalian semua untuk berada dalam PEKDIS seandainya kalian berpendapat bahawa NGO lain lebih 'establish' lagi berwibawa dan terkedepan mengepalai usaha dakwah.

Teruskan saja,jangan berhenti,mana saja kalian minat,teruskan kerana yang penting ialah kita sentiasa bekerja demi agama.Jangan kalian tercicir daripada jamaah,kerana kita ini kata orang -orang tua ibarat lidi.Kalau sebatang senang dipatahkan dan tak pula mampu menyapu sampah-sampah yang ada.Namun kalau kita banyak (seberkas) payah nak dipatahkan dan dengan senang pula boleh menyapu sampah serta kekotoran yang menempek di sana-sini.

Insya Allah,PEKDIS Lawas hari ini telah pun merencanakan beberapa gerak kerja dan aktiviti yang sesuai bagi mencapai maksud dan matlamat penubuhan jamaah.Tinggal lagi sejauh mana usaha dan komitmen yang akan diberikan oleh pimpinan yang dilantik tanpa menafikan fungsi ahli-ahli jamaah.

Berikut ialah pimpinan PEKDIS Lawas sesi 2007.

Pengerusi : Ust Mazlan Mat Zin
Timbalan Penegrusi : Ust Abd Malik Deni
Setiausaha : Ust Supian Awang Hamat
Pen Setiausaha : Usth Sakinah Abd Rahman
Bendahari : Ust Ahmad Suhaimi Abd Hamid

Biro-Biro :

Dakwah dan Kepimpinan : Ust Shah Rizan Mohd Nor
Pendidikan : Ust Mohd Fadlilah Mamat
Kebajikan : Usth Asmah Hasan
Ekonomi : Ust Sizear Hasan
Penerbitan : Usth Noor Shahariah Sulaiman
Latihan : Ust Merjoki Chong Pat
Penyelidikan : Ust Rozaimi Jaafar

Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik semua ketua panitia PI Lawas untuk menganggotai pimpinan PEKDIS Lawas sebagai suatu badan pemikir (think Tank) yang akan membantu dari segi percambahan idea dan sumbangan lain yang difikirkan sesuai.

"KEBERSAMAAN,KESEFAHAMAN & KETAKWAAN"

Setiausaha.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum, hai..ni dah tahun 2008, senarai j/k pekdis lawas yg baru takde ke,ni dah blm 5.Rozaimi kena buat pengelidikan!asyik naik keta wira baru je tak jadi..nmpak mcm x update je tahun ni, us sufian dah pindah ke...dgn blog ni kurang2 kami yang dah balik ni dpt juga meneruskan perhubungan dengan wilayah lawas secara maya.pengubat rindu ke tempat first posting kami ni,moga rakan2 dapat memanfaatkan tekno maklumat ini secargas yang boleh sebagaimana blogger2 handalan seperti jeff ooi ahli parlimen jelutong..ternyata sekarang blog/web memainkan peranan besar dalam mengubah lanskap sosio-pol. ummat manusia

10:41 AM  
Blogger awgsupian said...

Ust Azhan...lama tak jumpa.Tolong hubungi saya(Supian) dengan minta no. HP dgn Syeikh Shahrizan.OK.TQ

12:17 PM  

Post a Comment

<< Home