PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Monday, March 05, 2007

Sibuk Sangatkah Kita Ani???



"Dalam dunia ni,manusia yang paling sibuk ialah kelompok ustaz-uztaz".Sibuk dengan apa??? Wallahu a'lam.Ye lah sibuk ni macam-macam contohnya:

> Sibuk dengan kerja sekolah

> sibuk dengan anak bini

> Sibuk dengan kawan -kawan

> Sibuk dengan motosikal dan kereta.

Dan macam -macam lagilah.Oleh kerana sibuk inilah maka masa kita untuk buat gerak kerja jamaah pun jadi kurang dan tak kurang dasyat jua sibuk atu membuatkan kita tak de masa pergi berjamaah kat masjid.Kesian masjid dan orang-orang kampung.Yang pergi masjid dah lah orang-orang tua,Ustaz yang muda-muda ani ndak pulak mau menjengah mukanya ke masjid. Pernah sekali atu malam jumaat,jamaah masjid berkumpul pakat baca Quran,ustaznya pergi ............mana????.Aiii...kesian kat masjid dan jamaahnya.

Cerita pasal sibuk lagi......

Dulu sekali pernah pernah Saudara Pengerusi STU di tanya berkenaan kalimah 'sibuk'.Beliau kata (au kama qa la) seandainya kita buat kerja walaupun bertimbun-timbun banyaknya namun ianya memang berada dalam lingkungan amanah dan tanggungjawab kita, itu tak boleh dinamakan sibuk.

Jadi...kalau kita dok terpacak kat open air sampai 1 jam setengah,memancing sampai satu malam,melepak sesama kawan-kawan sampai setengah hari,menonton TV sampai 2 jam setengah dan seumpamanya maka disini kita kena fikir baliklah.

Biar kita 'sibuk' dan betul-betul 'sibuk' sebab nak menyatupadukan sahabat-sahabat atau nak menggerakkan sahabat-sahabat melalui program yang dianjurkan.Biar kita sibuk dan pening kepala asalkan apa yang kita buat benar-benar ikhlas untuk melihat usaha-usaha agama meriah berlangsung dibumi Lawas yang tercinta.Kesianlah kita kalau hanya disibukkan dengan selain daripada perkara yang diamanahkan oleh Nabi SAW.Ingatkah kita dengan Tsa'labah.Kisahnya bermula:

Ketika Tsa 'labah yang hidup miskin melarat itu mengadap Nabi memhon agar dia dilimpahi dengan rezeki yang melempah ruah Nabi s.a.w. menolak. Nabi s.a.w. bersabda," Harta yang sedikit lebih baik dripada yang banyak kerana engkau tidak sanggup mensyukurinya."
Tsa'labah tidak berpuashati dengan sabda Nabi s.a.w. itu. Beliau terus mendesak Rasulullah supaya mendoakannya. Tsa'labah cukup yakin doa Nabi saw dimakbulkan Tuhan. Nabi mendoakannya. Doa Nabi diperkenankan. Tsa'labah menjadi kaya. Binatang peliharaanya semakin hari semakin membiak. Tsa'labah sudah jarang-jarang ke mesjid.


Sekian banyak binatang ternakannya semkain jauhlah ia dari mesjid. Dan akhirnya masjid sudah tidak lagi dikunjunginya. Ia jarang-jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muslimin. Bila diperintah membayar zakat beliau menangguhkannya. Bila diturunkan ayat Al-Quran memperingati tentang kewajipan berzakat keluarganya menangis. Mereka menangis kerana ayat itu ditujukan kepada Tsa'labah. Tetapi Tsa'labah sedikitpun tidak menghiraukannya. Zakat tidak juga dikeluarkan sehingga akhir hayatnya. Beliau mati dalam keadaan munafik dan kebakhilan.

Semakin senang hidup kita semakin taqarrub kita kepada Allah.InsyaAllah.Semakin melimpah nikmat kehidupan semakin kuat pula azam dan gerak kerja melangsungkan amal jamaei sehingga misi nubuawwah terlaksana.Amiin.....

Kita cuba fikir-fikirlah secara rasional,dimanakah kita letakkan sumbangan untuk agama,apa yang sudah kita buat pada hari ini atau minggu ini atau bulan ini untuk perkembangan agama Islam.Sebelum tidurlah ingat-ingatlah amanah mana lagi yang belum kita tunaikan,ada yang belum berazamlah esok awal-awal pagi akan ku tunaikan.

Kita insan memikul amanah,amanah datang bersama tanggungjawab.Kata Hamka ;

"Orang yang berjiwa merdeka,tidak gentar menghadapi tanggungjawab.Dan kemerdekaan jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi,tidak dapat dibeli dengan harta benda dan kedudukan yang tinggi."

(Asmad,1993)

Setiausaha.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home