PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Sunday, August 06, 2006

Apakah Kita Berada Dalam Arus Informasi Semasa

Sekian banyaknya isu-isu yang bukan setakat hangat tetapi panas,barangkali panasnya melebihi pisang goreng panas.Bahkan jikalau kita melayari laman-laman web seperti ABIM,JIM,TERAS Pengupayaan Melayu,amal malaysia,misi keamanan sejagat global, PKPIM,dari kampus ke lapangan umat,palestinkini.info dan seumpamanya maka kita pasti akan panas telinga serta pening dengan seribu satu hambatan yang menyonsong umat Islam.Kepada sahabat-sahabat yang kaki internet pastinya tidak akan menyia-nyiakan info-info terkini untuk dijadikan sebagai santapan minda dan muhasabah diri.
Namun kadang-kadang kita juga rasa musykil dengan segelintir kalangan kita yang seakan tidak ambil kisah dengan isu-isu yang sangat berkait rapat dengan agama sendiri.Bukankah hari ini isu murtad,Islam liberal,IFC,kumpulan artikel 11 dan keruntuhan moral umat melayu ke tahap haiwan sedang panas.Ini belum kira isu umat Islam sejagat yang sekarang ini dihina,dibunuh sewenang-wenang dan sebgainya.Isu-isu ini bukan isu picisan yang layak didebatkan dibangku kedai kopi atau disimpang-simpang jalan diselang seli dengan ketawa yang akhirnya akan hilang bersama debu-debu berterbangan.
Kita sedar isu-isu ini besar,sangat besar hinggakan bukan tandingan kita untuk mendepaninya,tetapi apalah salahnya kalau kita saratkan minda kita dengan info-info terkini,manalah tahu di sana ada lompong-lompong yang boleh kita isi dengan kebolehan dan kemahiran kita.Sebagai contoh,dalam laman-laman web yang kita percaya kredibilitinya ada disediakan peluang untuk kita menderma bagi membantu insan malang lain,kadang-kadang ada juga peluang untuk menjadi sukarelawan ditempat-tempat tertentu selain iklan-iklan seminar dan diskusi ilmu yang sangat menarik.Kita melihat ini sebagai satu peluang yang sangat baik untuk kita mencuba sesuatu yang baru dalam konteks GPI Lawas.
Hari ini kita berseru kepada sekalian teman GPI/jQAF,marilah kita menjadikan budaya dahagakan maklumat terkini sebagai menu harian kita.Waspadalah bahawa sesiapa yang terawal dan terbanyak maklumat baru,dia akan menguasai dunia dengan maklumatnya.
"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali"
setiausaha.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home