PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Tuesday, March 20, 2007

Al 'Uqul al Nadijah al Wa'iyyah

"Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya"
surah Asy Syura :38


Jadikan musyawarah sebagai makanan kita.Musyawarah sebagai medan untuk mencari keputusan bersama bukan keputusan seorang.Keputusan bersama ini mudah-mudahan akan dirahmati dan diberkati rentetan wujudnya elemen keterbukaan dalam menangani kekhilafan pendapat dan adanya 'itqan' serta ikhlas di kalangan ahli mesyuarat.Kemurnian dan kesucian musyawarah yang dianjurkan oleh agama kita mesti dipertahankan daripada anasir-anasir pra matang yang akhirnya akan merugikan jamaah kita.
Ingatlah bahawa tiap patah kalimah yang keluar dari lidah kita hakikatnya adalah ilham daripada Allah.Allah lah yang bagi izin kita bercakap dan hasil percakapan itu adalah milik Allah.
Hasil perkataan ini ialah idea,pendapat,cadangan dan syor dalam konteks musyawarah.Sudah jadi adat bilamana bermusyawarah timbul pelbagai cadangan atau idea.Cadangan dan idea boleh datang dalam pelbagai method atau kaedah.Ada yang guna method kasar dan ada method halus.
Disinilah akan timbul percanggahan atau khilaf.Saat inilah iman dan adab musyawarah akan teruji.Nak pakai atau ketepikan saja iman dan adab.Manakah yang lebih utama?Hati atau jamaah?.
Kita katakan bahawa inilah kebesaran Allah yang menjadikan musyawarah itu satu medan mengumpul segala idea.Tiada istilah idea bodoh.Idea tak guna dan buang 'karan'.Lagi banyak idea lagi bagus.Kumpulkan idea dan lontarkan idea-idea ini untuk mendapat mandat majoriti. Akhirnya pendapat majoriti ini akan menjadi ketetapan bersama.Semua puas hati.Semua selesai.Tak ada lagi mesyuarat tak rasmi dimeja 'open air' atau dikaki lima yang anggotanya ialah golongan -golongan protes yang pengecut lagi bacul.Dalam mesyuarat tak nak cakap dan diluar mesyuarat baru tah kan bercerita.
Kita seronok melihat jamaah tabligh mengendalikan mesyuarah.Kita juga tidak sunyi bermesyuarah disetiap bidang tugasan pada setiap masa.Kita kaya dengan pengalaman hadir mesyuarah,tetapi kadang-kadang kita lupa elemen penting yang patut ada dalam sesuatu musyawarah.Elemen meraikan percanggahan pendapat,elemen meraikan sahabat,elemen sabar,elemen akur dengan pendapat majoriti,elemen sedar dan insaf bahawa semua pendapat adalah daripada Allah bukan daripada kehebatan akal kita semata-mata dan seumpamanya.
Akhirnya kita kembali kepada asas kejadian manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan.Manusia tidak sunyi daripada ujian.Insan yang lemah akan diuji supaya berupaya dan berpotensi untuk menjadi umat yang kuat selain untuk beberapa hikmah yang lain.PEKDIS juga pasti akan diuji.PEKDIS diuji supaya PEKDIS menjadi lebih kuat.Apakah peyokong dan pendokong PEKDIS bersedia untuk di uji Allah? Tepuk dada tanya iman.
"Insan yang berani ialah insan yang berani mengakui kesilapanya dan bersedia pula mengubahnya"
Setiausaha

0 Comments:

Post a Comment

<< Home