PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Tuesday, March 27, 2007

Kursus Penghayatan Solat Sempurna



Maka kepada siapakah lagi layak dipanjatkan kesyukuran melainkan kepada Yang Berkuasa.Yang hanyalah berkata 'kun payakun' maka jadilah segala yang dikehendakiNya.
Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah.
Hajat kita dan hajat seluruh pecinta begitu juga pendukung panji-panji agama untuk merealisasikan kursus yang sangat bermakna ini sedang menuju kejayaan.Segala penat lelah dan susah payah rasa macam sudah terbayar apabila melihat perkembangan yang sebegini positif.
Maha Mengerti dan Maha Mengetahui,
Betapa gagasan ini lahir dengan harapan tinggi melangit semoga kursus ini akan memberikan manafaat yang maksimum kepada generasi penggerak agama Allah.Kursus ini tidak akan berhenti begitu sahaja bahkan akan dilestarikan supaya semua makhluk yang ada di bumi Lawas akan turut beroleh kurniaan yang sangat bermakna ini.Reformasi dan revolusi sudah berada digarisan permulaan menunggu letusan pelepasan bagi menselerakkan intipati dan falsafah solat sepertimana firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 54:
"Dan dirikanlah solat (dengan tetap) sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
Allah Maha Hebat lagi Maha Memahami,
Inilah hasrat kita semua menganjurkan kursus solat.Mungkin orang akan kata,:"tak kanlah bab solat pun nak kena panggil ustaz dari KL,apa ustaz kat sini tak boleh organise ke??Membazir duit aje!.
Tuan yang budiman,
Ingatlah hakikat peranan,fungsi,kesan,prinsip,falsafah,konsep,kepentingan serta seribu satu persoalan solat tidak sesenang dan seremeh tanggapan akal tuan.Cuba soroti nas-nas dalam Quran dan tuan akan ketemu firman-firman Yang Maha Suci yang boleh membuatkan tuan berfikir untuk memuhasabah solat tuan.Antaranya:
  1. Surah Ibrahim:14:37
  2. Surah Al Baqarah 2:125
  3. Surah Maryam 19:31
  4. Surah Luqman 31:17
  5. Surah Al Baqarah 2:83
  6. Surah Al Baqarah 2:1-5
  7. Surah Al Ankabut29:54
  8. Surah Al Hujurat19
  9. Surah Maryam 19:59
  10. Surah Al Baqarah2:45
  11. Surah Al Baqarah 2:184
  12. Surah An Nisa':4:103
  13. Surah Al Jumaah69:9
Senarai di atas barangkali boleh disambung lagi dan ditambah lagi menandakan bahawa pengetahuan yang kita miliki tidak pernah mencukupi.Ilmu senantiasa ditimba apatah lagi untuk ibadat sepenting solat.Kalaulah sekalipun kita sudah tahu dan alim namun ilmu tetap perlu dimunaqasyahkan.Kata Imam As Syafei r.a. "Setiap kali ilmu ku bertambah,aku bertambah kenal akan kebodohan ku".(Asmad,1993).Oleh yang demikian tidak ada seorang pun boleh mendabik dada kerana ujub dengan ilmu yang telah dimilikinya.
Maka digagaskan kursus solat kepada semua pecandu ilmu dan pecinta lautan pengetahuan.Para penggerak dan pendukung panji-panji Islam dipersilakan dengan segala hormatnya ke majlis pada butiran berikut insya Allah:
Tarikh :14 April 2007 (Sabtu)
Masa :7.30 a.m - 6.00 p.m
Tempat :Pusat Latihan JAKIM Lawas.
"Pengetahuan yang sempit menjauhkan kita daripada Tuhan,sedangkan pengetahuan yang luas menjadi dasar untuk memiliki kepercayaan yang kekal kepada Tuhan"
(Blase Pascal)
Setiausaha.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home