PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Tuesday, March 27, 2007

Menghayati Sirah Nabawi 1428 H


Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Maksud surah at-Taubah 09 - 71]
Al Hamdulillah kita kini berpeluang lagi untuk menyambut peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam.Tarikh keramat 12 Rabiul Awal Tahun Gajah yang menandakan kelahiran dan kebangkitan Islam di muka bumi ini.Menyambut kelahiran Nabi SAW juga sebenarnya membawa maksud menyambut kelahiran Islam.
Apa lagi yang kita nak buat supaya sambutan maulud Nabi SAW tahun ini lebih bermakna selain daripada berbaris dan membawa sepanduk.Sambutan maulud tidak sepatutnya terhenti apabila kontijen perarakan melangkahkan kakinya kegarisan penamat.Tidak juga terhenti hanya apabila penganjur mengumumkan pasukan yang mana johan.Akhirnya yang kita dengar selepas berlangsungnya perarakan maulid ialah kata-kata tidak puas hati peserta kerana kalah.Lebih dahsyat lagi wujud pula sesi mengumpat dan forum memaki para hakim kononnya jahil dan tidak profesional.Sementara yang menang pula berazam untuk menjadi pemenang lagi pada tahun hadapan.
Kita khuatir falsafah,konsep,intipati dan ibrah daripada sambutan maulid tersasar dan melencong hingga tersembam.Hasrat murni penganjuran menjadi sia-sia.Penganjuran bertujuan sebagai tanda kasih dan sayang kepada Nabi SAW yang menjadi 'uswatun hasanah' bertukar menjadi medan menuntuni nafsu dan bunga-bunga perpecahan.Hal-hal sebegini perlu diberi perhatian dan kesedaran.Namun persoalannya tugasan sebegini hendak dibebankan kepada siapa??.Jawapannya ada dalam kepala tuan-tuan.
Selain daripada perarakan besar-besaran kita katakan bahawa usaha memahamkan sirah perjuangan Nabi SAW termasuk dalam agenda meraikan maulid Nabi SAW.Memahami dan menterjemahkan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan seharian perlu didokongi oleh kita mudah mudahan akan ada orang ramai yang teringin mengikuti As Sunnah setelah melihat kecantikan pelaksanaanya.
Memahamkan kehebatan Nabi SAW sebagai utusan Allah juga sangat wajar di'highlight'kan. Cuba lihat buku karangan Dr Daniel Zainal Abidin yang bertajuk Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden.Banyak bahan-bahan yang menarik yang boleh kita kongsikan bersama dengan komuniti setempat.
Jesteru kita semua yang dilihat oleh komuniti sebagai pendukung gerakan Islamiah wajar melihat perubahan-perubahan disekeliling kita secara kritis.Dalam erti kata lain,setiap insiden atau kejadian yang berlaku dipersekitaran kita sepatutnya mendorong kita untuk berfikir.Kalau insiden yang tidak baik, maka kita berfikir bagaimana untuk membaikannya.Kalau yang dah baik,kita menyokong dan bersama-sama menjadikannya lebih baik dan subur.Malanglah kita kalau sekadar menjadi 'OIC'.Biar langit runtuh,biar bumi dan laut bergelora,biar gunung dan bukit meletup kita tak boleh menjadi 'OIC'.
PEKDIS menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada seluruh ahli untuk mengaktifkan diri. PEKDIS sentiasa berlapang dada untuk mendengar cadangan mahupun kritikan.Kita sangat menyuburkan budaya tegur menegur.Dalam masa yang sama kita selalu mentarbiyahkan diri pimpinan untuk berjiwa besar apabila dikritik.Bumi mana yang tidak pernah kena hujan,lautan mana yang tidak pernah bergelora.Semoga PEKDIS akan terus ampuh dan tetap di atas kalimat gerakan Islamiah yang akan melakukan reformasi sebagaimana yang telah dilakukan oleh junjungan kita Nabi SAW selama 23 tahun dahulu.Reformasi Nabi SAW ini telah diktiraf dan dicatat dalam sejarah dunia.Bagi kita PEKDIS Lawas,cukuplah andainya reformasi ini dikenang kemas oleh warga Lawas sebagai sumbangan GPI untuk agamanya khusus di bumi Lawas.
"NABI MUHAMMAD SAW REFORMIS SEJARAH DUNIA"
Setiausaha.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home