PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Thursday, November 16, 2006

3GPI Secara Rasminya Menjadi PEKDIS Cawangan Lawas

Hari ini 10 November 2006,3GPI yang baru setahun penubuhannya mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama bagi memilih AJK yang baru untuk meneruskan kesinambungan perjuangan memperkasakan sistem Pendidikan Islam khususnya di bumi Lawas.Tepat jam 9.30 pagi di dewan besar SK Agama (MIS) Lawas,para ahli dan AJK 3GPI bermesyuarat dan sebulat hati melantik AJK yang terdiri daripada gabungan muka lama dan baru.Majlis juga bersetuju melantik ketua-ketua panitia sebagai AJK khas persatuan.Ini dilihat sebagai satu pembaharuan dan usaha penambahbaikan khususnya bagi mengatasi masalah sistem penyampaian atau komunikasi yang lambat disamping untuk menggerakkan secara keseluruhan semua ketua-ketua panitia bagi memenuhi tuntutan tugas dan dakwah.

Usul penubuhan PEKDIS cawangan Lawas telah diterima sebulat suara bagi menggantikan 3GPI.Sedih dan pilu kepada kelompok perintis penubuhan 3GPI,sayangnya kepada 3GPI tak usah dikira,namun mahu tidak mahu perubahan mesti dilakukan.PEKDIS dalam jangka masa panjang akan memberikan manafaat besar kepada pejuang-pejuang 3GPI.PEKDIS lebih sempurna apabila ianya didokongi oleh mereka yang berpengaruh apatah lagi PEKDIS diiktiraf diperingkat kebangsaan.Ini akan memudahkan penggerak-penggerak persatuan merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti dengan lebih berkesan.Kita percaya PEKDIS akan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada sebelah petangnya,majlis ramah tamah Aidifitri diadakan di dewan besar Lawas,dihadiri oleh Pegawai Daerah,PPDK,Ketua Polis Daerah,Pegawai JAKIM,Pengerusi HIKMAH,Guru-guru Besar Daerah Lawas dan semua GPI derah.Dalam majlis yang sama wujudnya komunikasi diantara pimpinan peringkat daerah dengan GPI bagi mencari titik pertemuan untuk bersama-sama meningkatkan syiar agama di bumi Lawas.

Harapan kita mudah mudahan seluruh pimpinan baru PEKDIS cawangan Lawas akan terus istiqamah merancang,melaksana dan melakukan pembaharuan demi pembaharuan sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa.Semoga segala gerak kerja kita ini akan menatijahkan ketakwaan dan taqarrub kepada Rabbul Jalil dengan dijauhi rasa bangga dan bongkak serta segala sifat mazmumah.Semoga semua ahli-ahli PEKDIS dilimpahi rasa kepedulian dan keinginan untuk terus menabur bakti di bumi yang tercinta ini.Akhirnya jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat agung dan majlis ramah tamah aidilfitri khususnya kepada jawatankuasa majlis sambutan dibawah pimpinan Ust Malik.

"WALA' KEPADA PIMPINAN ASAS KESATUAN UMMAH'

Setiausaha.