PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Wednesday, August 30, 2006

Syabas dan Tahniah Untuk BUDI LAWAS

Tahniah dan syabas kepada BUDI/3GPI Lawas di atas kejayaan merealisasikan Kempen Derma Darah Peringkat Daerah Lawas.Hakikat sebenar kejayaan ini lebih terserlah apabila buat julung-julung kalinya BUDI dapat keluar dari kepompong 'sejukbeku' setelah hampir 3 @ 4 tahun menyepikan diri dari arus kehidupan masyarakat setempat.

Oleh yang demikian kita merasakan amatlah layak BUDI Lawas diberikan ucapan syabas dan tahniah dengan kita tidak melupakan dan menafikan pelbagai bentuk sumbangan-sumbangan positif daripada ahli dan pihak berwajib.

Semoga usaha-usaha murni sebegini akan berterusan pada masa yang akan datang selaras dengan matlamat dan ajaran suci agama Islam ke arah pengwujudan Khaira Ummah.

"HIDUP BIAR BERJASA"

Setiausaha.

Thursday, August 24, 2006

Kempen Derma Darah BUDI/3GPI/JAKIM Sempena Merdeka

Bersempena dengan tarikh keramat negara kita yang tercinta buat kali yang ke 49,moga-moga ianya akan terus aman makmur hendaknya dibawah lembayung Ilahi.Syukur dan puji amat sinonim untuk kita panjatkan ke hadrat Allah Azza Wajalla di atas kurniaan-Nya membebaskan umat di Tanah Melayu dari kebejatan penjajahan serakah.

Syukur dan puji ini diterjemahkan lagi secara konsisten melalui usaha murni 'orang kuat' BUDI bagi merealisasikan kempen derma darah pada butiran berikut:

Tarikh : 28 Ogos 2006 (Isnin)
Masa : 8.00 a.m - 1.00 p.m
Tempat: Dewan Masyarakat Lawas


Sesungguhnya kita semua secara langsung wajar menjayakan usaha murni ini.Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua yang bertungkus lumus mengatur urus kempen derma darah BUDI buat julung kalinya.

"KESUSAHAN SEBAGAI SATU TANGGUNGJAWAB &
KRITIKAN SEBAGAI CABARAN"

Setiausaha.

Monday, August 07, 2006

Jemputan Untuk Ahli 3GPI Berkarya Di Alam Maya

3GPI mulai melancarkan laman webnya sendiri selepas beberapa minggu perasmian penubuhannya awal bulan Oktober 2005.Walaupun laman web ini sangat 'komang' sesuai pula dengan 'web master'nya yang masih terkial-kial mencari ilmu dan kadang-kadang terkial-kial pula untuk mengemaskini laman web,kita tetap tidak mahu ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.Mungkin boleh kita menganggap bahawa laman web ini sebagai satu langkah permulaan untuk kita meneroka lebih mendalam ilmu-ilmu berkaitan teknologi maklumat.Kita sungguh percaya dan yakin jikalau bidang teknologi maklumat ini di gunakan dengan seoptimanya,ia akan menghasilkan suatu natijah yang besar di mana seluruh ahli boleh mengambil manafaat daripadanya.
Dalam ruang yang ada ini,web master 3GPI berseru kepada seluruh warga ahli untuk tampil membantu berkongsi ilmu demi melahirkan satu web yang terkini dan sesuai sebagai satu medium penyebaran maklumat bersama.Kita juga berharap agar semua ahli yang ingin mengasah bakat dan menajamkan ilmu pengetahuan untuk tampil berkarya melalui penghasilan artikel-artikel/cerpen sebagai bahan bacaan bersama.Kita juga mengalu-alukan apa sahaja bahan bertulis/bergambar yang bermanafaat untuk dikongsi oleh ahli yang lain atau paling kurang pun lawati sahajalah laman ini sebagai tanda kita peka dengan aktiviti 3GPI.
Web master bercadang untuk memasukkan bahan-bahan berkaitan P&P Pendidikan Islam selain bahan-bahan bacaan sebagai mempelbagaikan fungsi laman web 3GPI.Mungkin contoh-contoh soalan peperiksaan,bank soalan,JPU,lembaran kerja,pekeliling-pekeliling terkini ataupun makluman daripada JU daerah (Ust Malik Deni).Kita juga boleh menyisipkan contoh-contoh kertas kerja program sebagai rujukan ahli yang berminat.Macam-macam lagilah boleh kita kongsi asal kita sanggup bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap.
Apakah timbul persoalan,ah...nanti bahan kita atu dicuri orang atau dilihat orang.Bahaya nanti.Baiklah...kita boleh bersepakat menetapkan untuk mempamer bahan yang tidak 'privacy' dan tidak menyentuh mana-mana sensiviti,nah ..kan ke itu OK.Lagipun laman web kita ani bukannya 'glamer'walaupun namanya 'glamer'.
Semoga jumpa lagi.
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya"
setiausaha

Sunday, August 06, 2006

Apakah Kita Berada Dalam Arus Informasi Semasa

Sekian banyaknya isu-isu yang bukan setakat hangat tetapi panas,barangkali panasnya melebihi pisang goreng panas.Bahkan jikalau kita melayari laman-laman web seperti ABIM,JIM,TERAS Pengupayaan Melayu,amal malaysia,misi keamanan sejagat global, PKPIM,dari kampus ke lapangan umat,palestinkini.info dan seumpamanya maka kita pasti akan panas telinga serta pening dengan seribu satu hambatan yang menyonsong umat Islam.Kepada sahabat-sahabat yang kaki internet pastinya tidak akan menyia-nyiakan info-info terkini untuk dijadikan sebagai santapan minda dan muhasabah diri.
Namun kadang-kadang kita juga rasa musykil dengan segelintir kalangan kita yang seakan tidak ambil kisah dengan isu-isu yang sangat berkait rapat dengan agama sendiri.Bukankah hari ini isu murtad,Islam liberal,IFC,kumpulan artikel 11 dan keruntuhan moral umat melayu ke tahap haiwan sedang panas.Ini belum kira isu umat Islam sejagat yang sekarang ini dihina,dibunuh sewenang-wenang dan sebgainya.Isu-isu ini bukan isu picisan yang layak didebatkan dibangku kedai kopi atau disimpang-simpang jalan diselang seli dengan ketawa yang akhirnya akan hilang bersama debu-debu berterbangan.
Kita sedar isu-isu ini besar,sangat besar hinggakan bukan tandingan kita untuk mendepaninya,tetapi apalah salahnya kalau kita saratkan minda kita dengan info-info terkini,manalah tahu di sana ada lompong-lompong yang boleh kita isi dengan kebolehan dan kemahiran kita.Sebagai contoh,dalam laman-laman web yang kita percaya kredibilitinya ada disediakan peluang untuk kita menderma bagi membantu insan malang lain,kadang-kadang ada juga peluang untuk menjadi sukarelawan ditempat-tempat tertentu selain iklan-iklan seminar dan diskusi ilmu yang sangat menarik.Kita melihat ini sebagai satu peluang yang sangat baik untuk kita mencuba sesuatu yang baru dalam konteks GPI Lawas.
Hari ini kita berseru kepada sekalian teman GPI/jQAF,marilah kita menjadikan budaya dahagakan maklumat terkini sebagai menu harian kita.Waspadalah bahawa sesiapa yang terawal dan terbanyak maklumat baru,dia akan menguasai dunia dengan maklumatnya.
"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali"
setiausaha.