PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Thursday, April 19, 2007

Foto Sekitar Kursus Solat Sempurna April 2007


Para tetamu jemputan dan Sdr Ust penceramah.
Terima kasih pada Pegawai Daerah Lawas diwakili Pn Noorshidah
Terima kasih pada Penyelia Agama Bahagian Limbang Ust Ab Aziz Ab Rahman
Terima kasih pada Sdr pengerusi PEKDIS Lawas Ust Mazlan Matzin yang begitu bergaya mempamerkan aksi relaks semasa majlis perasmian.
Terima kasih Ust Hj Zaharudin Ab Rahman selaku penceramah kursus.


Sekitar slot pendaftaran Kursus Solat Sempurna & Muhasabah Diri.Ustazah Nooraini Badarudin mengetuai sesi pendaftaran dibantu oleh sahabiah yang komited.Teruskan berjuang....


Kelihatan Ust Mohd Khairudin Ali gagau mendaftar para peserta.

Sambutan yang diterima sangat baik.Terkilan jugalah dengan dewan kursus yang agak kecil.


Apa pun kursus ini telah pun melabuhkan tirainya.Insya Allah ada rezeki kita akan realisasikan lagi.

Setiausaha.






























Tuesday, April 17, 2007

Bengkel Soalan PKBS Sem 1/2007


"Kala berkayuh menuju pantai.....
Kerap bersua ragam halangan....
Tidak semua hasrat kan sampai....
Kadang terbantut ditengah jalan....
Tapi bila kaki telah melangkah....
Namun sebelum sampai jangan berhenti....
Walaupun tiang layar bergerak patah....
Namun sebelum sampai jangan berhenti...."
(JAPIM)
Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan penganjur yang dipengerusikan oleh Ust Aliazali dan dibantu oleh Ust Ijad di atas kejayaan merealisasikan bengkel soalan PKBS sem 1/2007. Kesungguhan kalian menjadi inspirasi buat teman-teman yang lain.
Hanya dengan kesungguhan dan kesediaan untuk melakukan pengorbananlah yang menjadi ramuan ampuh bagi merealisasikan sesuatu program tanpa sedikitpun kita menafikan ketentuan serta kehendak Yang Maha Esa.
Kita sangat yakin dengan keikhlasan barisan penganjur yang telah bertungkus lumus bagi merealisasikan bengkel ini.Hasilnya sangat baik walaupun ada sedikit 'kecacatan' kesan daripada sikap acuh tidak acuh segelintir sahabat dan sahabiah kita.Fenomena ini pasti ada rahmat dan hikmah.Fenomena inilah yang akan mendorong kita untuk melakukan pembetulan dan persediaan yang lebih sempurna.Fenomena ini jugalah menjadi medan tarbiyah penting buat pendukung-pendukung panji kebenaran agama.
Maka sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan kita.Diujinya kita dengan halangan dan cubaan yang variasi.Guna melihat mana yang satu kalangan hamba-hambanya yang boleh menterjemahkan kebergantungan dan keyakinan kepada ketentuan Yang Maha Perkasa. Kepada Allah jualah kita semua menyerahkan untung nasib kita namun menyerah kalah pantang mujahid agama Allah.
"Wahai Tuhan kami,ampunilah dosa kami,kurniakanlah kesabaran kepada kami,tetapkanlah iman dan pendirian kami,berikanlah kejayaan kepada kami."
Setiausaha.

Sunday, April 08, 2007

Summer Camp Intensif Iqrak Siri II/2007



Allah Taala berfirman:

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah,dan Tuhanmu Maha Pemurah.Dia mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Surah Al Alaq:1-5)
Jesteru tonggak kecemerlangan dan kejayaan adalah dengan ilmu.Bukankah Thalut diangkat menjadi pemimpin kerana lautan ilmunya?.Bukankah Nabi Yusuf a.s dipilih menjadi menteri kewangan dek kerana penguasaan ilmunya?Dan pastinya Nabi kita diangkat menjadi presiden negara Islam Madinah adalah kerana keluasan pengetahuannya.Malah dengan ilmulah dapat mengalahkan syaitan dan iblis.
Dr Daniel Zainal Abidin dalam bukunya "Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden " menukilkan satu cerita menarik yang dipetik daripada Minhajul Abidin karangan Iman Ghazali:
Zaman dahulu ada dua orang lelaki.Seorang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak beribadah dan rakannya pula rajin beribadah tetapi tidak berilmu.
Syaitan mendatangi lelaki yang jahil tetapi kuat beribadah dengan memakai pakaian yang hebat dan gaya yang mengkagumkan dan berkata:Wahai hambaku,aku telah ampuni semua dosa-dosa mu.Sekarang kamu tidak perlu beribadah lagi".Lelaki jahil itu begitu bersyukur dan bergembira dan terus berkata: Itulah yang aku harapkan dari mu wahai tuhanku."Lelaki jahil ini menjadi sesat kerana tidak mengenali sifat-sifat tuhannya dan tidak menguasai ilmu tauhid.
Syaitan yang sama kemudiannya cuba menyesatkan lelaki yang fasiq tetapi berilmu tinggi. Syaitan berkata:"Wahai hambaku,aku ampuni semua dosa-dosamu."Lelaki yang berkenaan terus mencabut pedanganya dan memekik:"Celaka kamu,kamu menyangka aku tidak mengenali Tuhan?."Lelaki ini walaupun fasiq namun akidahnya tidak tergelincir dengan tipu daya iblis kerana ketinggian ilmunya.Imam Ghazali memaparkan kisah ini untuk menunjukkan ilmu adalah penting dan penyelamat manusia.
Oleh yang demikian kita katakan bahawa tindakan menganjurkan Summar Camp Intensif Iqrak(SUCI) siri 2/2007 adalah merupakan langkah bijak ke arah mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid khususnya dalam pembacaan Kitabullah.Kepentingan mempelajari Kitabullah tidaklah perlu dihuraikan disini dengan lebih lanjut memandangkan ianya adalah perkara yang sudah maklum oleh kebanyakan orang.
Program ini akan diadakan pada butiran berikut:
Tarikh:20 -22 April 2007
Hari :Jumaat - Ahad
Tempat :SK Agama (MIS) Lawas
Peserta :Murid terpilih dalam daerah Lawas
Semoga program ini akan mendapat kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua pihak berkenaan.Kepada Allah jualah kita memohon kejayaan dan keberkatan impak hasil daripada program ini.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Ust Mohd Khairi dan barisan AJKnya yang mempamirkan daya usaha serta komitmen yang mantap.