PEKDIS CAW. LAWAS

"Service Beyond Ordinary Because Of Allah"

Tuesday, January 02, 2007

SELAMAT HARI RAYA QURBAN 1427H

Assalamulaikum WTH

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Telah lebih sebulan kalangan ahli PEKDIS Lawas menghabiskan cuti persekolahan sesi 2006.Pastinya cuti tersebut digunakan sebaik mungkin untuk berjumpa dan bermesra dengan ibubapa atau sanak saudara dikampung masing-masing,ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadi ’raja sehari’ sebagai memenuhi tuntutan fitrah dan agama.Kelmarin dan hari ini kita dapati berbondong-bondong ahli PEKDIS kembali ke Lawas dengan penuh semangat dan azam yang membuak-buak berasaskan pengamatan yang skeptikal.PEKDIS Lawas dengan rasa rendah diri mengucapkan ’SELAMAT KEMBALI KE BUMI LAWAS’ untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Bukan sekadar perjuangan bahkan pengorbanan yang dipetik dari sirah para anbiyak bertepatan dengan ketibaan hari raya Qurban sepatutnya mendorong kita untuk berfikir bagi memuhasabah diri dan jamaah kita bagi tahun yang akan datang.Peristiwa Qurban ini sewajarnya menjadi panduan yang ampuh untuk kita berada dilandasan yang betul bagi memacu usaha pembentukan khaira ummah khusus dibumi Lawas.

Setahun telah berlalu,gerakan kita cuba bertatih,sekali sekala terjatuh namun terus bangkit walau dengan kepayahan.Kita gelarkan tahun pertama itu sebagai tahun rintis,dan tahun ini ialah tahun memacu gerakan jamaah dengan lebih tersusun,berencana ,bersistematik dan berwawasan.

Tahun ini kita ingin melihat kalangan ikhwan PEKDIS turun menghulurkan seluruh kekuatan dan kemahiran untuk memastikan impian pembentukan khaira ummah dapat dicapai.Lalu apakah barangkali pedoman yang baik untuk kita renungi bagi memotivasikan diri kita pada tahun baru ini.Cuba perhatikan bait-bait khutbah ini:

”Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah".

Kita tidak pinta nyawa dan darah ikhwan,tapi kita pinta masa,komitmen dan sedikit harta barangkali.

"Setelah kewafatan nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur atau barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya".

Selepas zaman sahabat berlalu,kalau bukan kita yang menjadi generasi penyambung misi Nabi dan misi sahabat,maka pada siapa kita nak letakkan amanah ini?

Firman Allah Yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya ? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

( Surah al- Shaf : 10 - 11 )

Allah bagitau agar kita berjuang membela dan menegak agama Allah ‘first’ sekali dengan harta yakni duit ikhwan lah,duit siapa lagi kan?Lepas tu baru Allah minta nyawa ikhwan,itupun kalau ikhwan mengetahui hakikat yang sebenarnya.


Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Yang bermaksud : " ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : " Siapakah manusia yang lebih utama ? " maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri, Mereka berkata : siapa kemudian ? bersabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ".

( Hadis Riwayat Bukhari )


Ulama menyatakan yang bermaksud :
" siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

"Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

Yang bermaksud : " Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu? " jawab Abu Bakar : " aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya " .


Ikhwan…..kita ni kalau berjuang kalau boleh tak mau mengurangkan walau sedikitpun harta,kalau boleh makin berjuang makin bertambah harta benda dan semakin pula bertambah kaya dan kaya.Ada orang tak mau dengar kalimah infaq dan lebih dahsyat lagi ada yang tak mau dengar kalimah sukarelawan (pengorban)

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana yakin dengan janji Rabbul Jalil.

Firman Allah Yang Bermaksud :

" dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah ، dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik ".

( Surah ali - Imran : 133-134 )

Ikhwan....kita dah tak ada masa lagi,kalau bukan sekarang,bila lagi??????

Selamat Hari Raya Qurban

”BERSAMA MENGHAYATI SUNNAH NABI”

Setiausaha.